in

Pertama Kali Makan Telur Belangkas


Langkah kanan tempoh hari ke MMA Santai Corner, cadangnya nak bawa wife makan bubur je sambil diri sendiri layan mee udang galah. Tapi bila sampai, duduk sekejap borak-borak dengan kak laila, empunya kedai mee udang galah.. dipelawanya untuk rasa telur belangkas masak asam pedas.

Katanya belangkas tu dia beli masa ke Hulu Selangor. Wah.. kecil tapak tangan, nyiru saya tadah kak.

Seumur hidup tak pernah makan telur belangkas, even tengok belangkas depan mata pun beberapa kali je. Itu pun dapat tengok masa bawa Khair pergi Aquaria. Hahaha.

Well.. selepas mencuba telur belangkas yang dimasak ini, apa yang boleh aku kongsikan..

Tekstur telur belangkas ini mirip-mirip kuning telur masin. Tapi bukan keseluruhan kuning telur masin tau. Just bayangkan tekstur kuning telur masin di bahagian keras kat tengah-tengah tu. Rasa pejal dan berhabuk bila dikunyah masuk dalam mulut.

Kemudian bila telur belangkas ini digigit satu per satu, ia semacam mengeluarkan sedikit bau hanyir yang seakan-akan bau hanyir sotong.

Dan dari segi rasa, not bad. Nak kata berlemak macam telur ikan, tak sangat.. tapi berlemak sikit-sikit tu ada. Manis, pahit?.. wallahualam. Lidah aku tak dapat sense 2 rasa ini melainkan rasa manis, masam kuah asam pedas. Hohoho.

Cuma apa yang boleh aku kata, ianya satu pengalaman yang baru la bagi aku. New achievement unlocked. Dan kalau korang tanya aku telur belangkas kena dengan selera tekak aku ke tak?

Jawapan aku.. boleh lah. Sekali sekala terjumpa mungkin boleh nak makan. Tapi sampai nak mengidam, mungkin tak kot. Hahaha.

Menjawab mengenai hukum halal atau haram memakan telur belangkas, dibawah aku quote kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti WP.

Hal ini bertepatan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Hukum Memakan Daging/Isi Belangkas dan Telurnya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa tiada nas qati’e yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di darat kerana bernafas menggunakan insang.
  2. Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging/isi dan telur belangkas adalah diharuskan. – sumber muftiwp.gov.my

p.s: Makan tanpa was-was. Bila orang tanya dah pernah makan ke? Aku dah boleh jawab, “Dah pernah dah”.. dengan muka super berlagak. Jahatnya. Hahaha.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *