in ,

Personalised Gift Dari Printcious.com Sebagai Hadiah Untuk Si Dia


Pernah tak bila tiba waktunya nak sambut hari jadi seseorang ke, korang tak tahu nak bagi hadiah apa? Puas dah fikir, nak bagi hadiah itu tak sesuai, nak bagi hadiah ini tak sesuai. Nak beli yang mahal-mahal, katanya membazir. Nak beli yang biasa-biasa pulak, katanya tak ada sentimental value. Pening kan?

Ya, aku pun dah banyak kali mengalami situasi yang sama. Nak pilih hadiah hari jadi memang rumit. Lebih memeningkan lagi bila hadiah yang nak diberikan adalah melibatkan pemberian hadiah kepada insan yang tersayang. Buntu berhari-hari untuk memilih hadiah adalah sememangnya menjadi kemestian. Hahaha.

Tapi mujurlah baru-baru ini ada kawan yang bagi idea untuk gunakan perkhidmatan Printcious sebagai jalan selamat untuk membantu memilih hadiah. Siap boleh personalised gift yang nak dibeli. Walaupun barangan yang ditawarkan di Printcious tidaklah kelihatan begitu eksklusif seumpama beg LV, baju Supreme atau seluar Levi’s, tapi yang pentingnya ia menyerlahkan sentimental value sesuatu benda itu sebagai hadiah.

Hadiah kalau ada sentimental value, baru orang take care lebih sikit kan. Contoh, sepasang bantal yang ada gambar korang untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Bantal couple gitu. Hilang satu bantal bagaikan tak lengkap je dunia, nak jadi lengkap.. dah tentulah kena ada kedua-duanya. Baru lah orang kata saling melengkapi kan. Heee.

By the way, jika korang tertanya-tanya barang apa je yang ditawarkan di Printcious ni.. actually mereka lebih kepada penawaran servis personalised gift (custom made). Korang sebut je nak print apa, bukan print kat kertas je. Tetapi boleh juga print atas bantal. atas mug, atas baju, atas tile seramik.. ahh pendek kata boleh print kat atas macam-macam la. Kalau korang tak percaya, pergi tengok www.printcious.com.

Dan yang menariknya melalui Printcious, selain daripada boleh letak gambar muka korang kat atas bermacam-macam benda. Mereka memudahkan korang dengan menyediakan online design tools. Maksudnya disini, segala customization boleh dibuat secara online daripada pc atau laptop korang je. Tak perlu lagi bersusah payah nak kena pergi kedai atau sebagainya.

Cara-caranya mudah saja yang mana korang hanya perlu melayari laman web Printcious.com. Kemudian pilih “Design Your Own” di bahagian menu atas, dan pilih kategori barangan yang korang nak.

Let say korang berminat untuk buat magic mug (mug yang bila letak air panas akan keluar muka korang.. haa tu la magic), pilih magic mug.

Kemudian korang akan ditunjukkan macam mana rupanya magic mug tersebut. Klik pada “Start Designing“ untuk masukkan gambar, dan seterusnya korang juga boleh masukkan terus berapa banyak kuantiti magic mug yang korang nak order.

Selepas itu korang satu paparan kosong akan disediakan dimana di paparan ini lah korang boleh membuat customization dan menyerlahkan kreativiti korang untuk produk akhir nanti. Boleh letak gambar dan boleh letak text.. ikut suka korang nak design macam mana.

Then bila dah siap, paparan final produk akan terhasil. Kat sini bila korang dah puas hati, kemudiannya perlu klik pada “Add to cart” saja untuk teruskan dengan pembayaran online.

Mod pembayaran sebenarnya kalau korang taknak bayar secara online pun boleh kerana secara umumnya mereka menawarkan 3 pilihan pembayaran iaitu:

  • Kredit/debit kad
  • Online banking
  • Cash Deposit

Jadi, pilih la mana yang memudahkan korang.

Dah siap bayar semua tu, tunggu je la pihak Printcious hantar ke rumah. See, mudahkan.

So kalau lah ada juga kawan-kawan korang nak cari hadiah perkahwinan ke, cenderamata korporat ke, boleh je terus suggest Printcious ni okay. Benda baik tak elok simpan sorang kan. Oh.. kalau nak cari photo booth pun diorang ada buat.

Selain daripada laman web rasmi Printcious, korang boleh juga dapatkan maklumat dan promosi terkini Printcious melalui laman Facebook mereka di www.facebook.com/printcious, ataupun jika korang ada pertanyaan boleh terus email kepada mereka di ask@printcious.com.

p.s: Kalau rasa nak jadi sweet-sweet bagi suprise gift pada bini kat pejabat pun tak ada masalah. Masukkan je alamat penghantaran ke tempat kerja wife. Cewah.


SAPS Ibu Bapa ok? berikut adalah laman semak keputusan peperiksaan online SAPS Ibu Bapa yang rasmi oleh KPM

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge