Minggu lepas aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke satu persidangan ilmu yang bertempat di Sunway Resort & Spa. Persidangan ilmu itu yang dinamakan International Sustainable Energy Summit (ISES 2014), adalah satu persidangan yang diadakan hanya sekali bagi setiap 2 tahun dan ianya diadakan bagi tujuan untuk menyampaikan atau berkongsi-kongsi maklumat tentang penggunaan tenaga lestari dalam kehidupan seharian.
ISES 2014 aims to share good practices and help identify means of providing necessary know-how, technology and financing for transformation toward energy independence and sustainable development. ISES 2014 also provides a platform and opportunity for RE and EE industry professionals in Malaysia and the world to meet, discuss and get latest updates and related issues on Sustainable Energy in Malaysia.
Sumber: ISES 2014
Persidangan selama 2 hari yang dianjurkan oleh SEDA Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) ini dapat dilihat telah menarik minat lebih daripada 600 delegasi dari serata dunia. Turut juga hadir dalam persidangan tersebut ialah Timbalan Menteri Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu sendiri iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan beberapa tokoh-tokoh ternama dalam industri tenaga lestari itu sendiri selaku speaker kehormat yang dijemput bagi menyampaikan talk dalam topik perbincangan masing-masing.
Selain daripada itu, sepanjang tempoh ISES 2014 dijalankan terdapat juga pameran-pameran oleh pelbagai syarikat yang bergerak secara aktif dalam membekalkan servis ataupun produk berkenaan dengan tenaga lestari.
Didalam kesibukan mendengar talk yang disampaikan oleh speaker-speaker kehormat, aku berkesempatan juga aku menerjah masuk ke beberapa booth pameran yang disediakan. Antara yang mendapat perhatian aku ialah pameran daripada sebuah syarikat milik bumiputera iaitu Gading Kencana Sdn Bhd yang menawarkan program Sun2Cash.
Menurut salah seorang pegawai mereka yang ditugaskan ketika itu, program Sun2cash ini adalah satu program usahasama dibawah kelolaan syarikat mereka bersama Bank Muamalat. Dimana syarikat mereka ini menyediakan servis membantu individu ataupun mana-mana syarikat yang berminat dalam menggunakan tenaga boleh baharu sebagai jalan alternatif menjana pendapatan sampingan.
Secara jujurnya aku amat tertarik dengan program yang ditawarkan oleh mereka kerana bagi pendapat aku ia adalah satu program yang sememangnya menguntungkan pengguna dalam tempoh jangka masa panjang.
Sebagai contoh, bayangkan sahaja pelaburan memasang sistem solar pv dirumah sebanyak RM20000 yang dapat memberi pulangan minimum sebanyak RM300 setiap bulan. Tersangatlah menarik kan? Sudahlah dapat menggunakan menggunakan elektrik secara percuma, malahan dapat menjana pendapatan sampingan lagi.
Well.. Apa-apa pun, sepanjang tempoh meluangkan masa didalam persidangan ISES 2014 ini, memang aku rasakan amat bertuah kerana banyak input berguna yang dapat aku pelajari baik dari segi kelebihan menggunakan tenaga boleh baharu dalam kehidupan seharian dan juga bagaimana ia mempengaruhi keseimbangan alam semula jadi. Dan sekiranya aku berpeluang untuk menceritakannya pada korang semua, insha-Allah akan aku ceritakan kesemuanya didalam artikel-artikel baru dimasa akan datang. So stay tuned ye.
Menarik! Invest dalam bidang elektrik dan dapat pulangan setiap bulan…menarik tu bro!
Persidangan sebegini perlu dapat liputan yang lebih meluas dan berterusan….
menarik bab-bab melabur tu…