Persediaan Masuk Darjah Satu


Keputusan penempatan sekolah darjah 1 dah selesai, sekarang nak fokus ajar Khair dengan kemahiran-kemahiran yang aku agak “diperlukan” supaya masa kat sekolah rendah nanti dia boleh survive tanpa bantuan orang lain.

First thing first, wallet. Wallet ni aku nak kena ajar Khair jaga elok-elok. Kanak-kanak biasa lah, duit mudah tercicir. Lagi-lagi kalau pegang duit kertas, sebab jatuhnya tak berbunyi. Dengan adanya wallet bermungkinan membantu mengurangkan masalah duit tercicir. Cuma nak kena make sure anak alert kalau wallet hilang ke, jatuh ke kan.

Kedua, selain wallet nak kena ajar kira-kira duit saku juga. Tak guna kalau bagi wallet tapi anak tak pandai nak belanja. Donut 50 sen contohnya, bagi seringgit berapa duit baki? At least kalau belum sampai tahap dia pandai mengira, dapat tahu nilai duit cukup dah. 10 sen, 20 sen, 50 sen, RM1. Nak harap makcik kantin tolong kira, mungkin untuk seorang dua dia terlayan lagi. Kalau ramai.. pening. Hahaha.

Ketiga, pergi toilet. Walaupun kat rumah Khair dah boleh uruskan dirinya untuk ke toilet. Tapi kat sekolah nanti nak kena ajar jugak. Mana tahu sampai sana dia jadi blur-blur.. Tak ke naya. So, untuk part pergi toilet ni nak kena ajar 2 benda;

  1. Mintak izin dengan cikgu nak ke tandas. Benda ni penting sebab dekat sekolah tak boleh keluar menonong macam tu je. Perlu ada adab dan tatasusila. Lagi satu, at least bila dah minta izin maksudnya cikgu tahu diorang ke mana kan. Takde la tiba-tiba cikgu call mak ayah bagitahu anak hilang walhal pergi tandas je pun.
  2. Cara nak tanggalkan seluar atau kain (untuk perempuan). Nak berak, nak kencing. Sebabnya kat sekolah pakai baju sekolah je sampai habis waktu persekolahan. Tukar tak tukar baju tu balik nanti. So, bagi anak lelaki kena ajar cara buka tali pinggang. Kalau boleh nak kena sediakan tali pinggang yang senang buka. Kalau susah nanti takut terjadi isu tak boleh buka dan terberak dalam seluar. Fuh.. ngeri. Hahaha. Anak perempuan, tak ada tali pinggang tak ada masalah sangat kot.

Keempat, tulis nama pada semua barang peribadi. Ini awal-awal mak bapak kena tolong tulis dulu. Baju tak apa tak tulis, melekat pada badan dan ada name tag. Ini untuk barang lain sebab takut terhilang ke, kawan terambil ke.

So, untuk senang kemudian hari nak cari balik ke, tulis je nama termasuklah pada kasut sekolah, pensil box, pemadam, pensel, buku dan beg sekolah. Haa budak-budak.. benda ni nampak remeh temah, tapi yang kita tak sangka ini lah yang selalunya akan jadi.

Okay.. cukup dah tu rasanya benda penting yang nak kena ambil tahu untuk persediaan ke sekolah darjah 1. Macam barang-barang untuk ke sekolah, yang tu nanti buat check list lain. Hee.



1 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini