Baru-baru ni ternampak iklan tentang kuih raya.
Ye..kuih raya. Walaupun masih berbaki beberapa minggu lagi untuk menyambut bulan Syawal, sudah ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk mempromosikan bisnes kuih raya masing-masing.
Logik akalnya kerana perniagaan kuih raya sememangnya diketahui mampu memberikan pulangan yang menguntungkan apabila menjelang bulan Ramadhan.
Rata-rata peniaga sebegini awal-awal lagi sedar dan tahu akan permintaan ataupun demand terhadap kuih raya yang setiap tahun meningkat.
Disini apa yang Hafiz nampak, bagi orang yang pandai mengambil kesempatan sudah tentu orang itu akan mendapat pulangan yang berganda. Jika dikira secara kasar, modal untuk menyediakan kuih raya tidak setinggi yang disangkakan. Bahan mentah asas seperti mentega, telur, tepung serta bahan sampingan mudah dicari dipasaraya-pasaraya berdekatan.
Cuma yang membezakan kadar keuntungan seseorang peniaga itu adalah dari segi jenis bahan mentah yang digunakan, supplier bahan mentah, cara pembuatan, pengurusan tempahan dan juga kualiti kuih raya itu sendiri.
Tetapi semua itu tidak perlu dikhuatirkan walaupun bagi golongan yang baru ingin berkecimpung dalam perniagaan kuih raya, kerana kesemua intipati formula yang Hafiz senaraikan tadi sudah terkandung didalam ebook buat Bisnes Kuih Raya. *Maaf ebook Bisnes Kuih Raya tidak dikeluarkan lagi. Sebagai ganti terdapat dua ebook baru iaitu yang Hafiz rasakan ia dapat membantu sekiranya anda ingin membuka perniagaan sempena raya.
Yang perlu dilakukan hanyalah dengan mengeluarkan sedikit modal yang harganya tidaklah semahal sekotak cupcake comel Wondermilk dan usaha yang berterusan.
p/s: Kuih raya feveret, kuih semperit. Satu balang hadap makan sorang pun tak apa.
wah puasa nk dekat xsabar ni dating ngn ramadan kt masjid 🙂
Yesza..pergi tarawih..pastu balik buat kuih raya..layannn
ramai yang buat duit melalui perniagaan kuih raya…
Betul..kena cara boleh dapat 4 angka senang2
tak sabar nak buat kuih raya..
rasa mcm nak meniaga.. tp tgk modalnya ada ke tidak..
best.. cuti 2 bulan puasa dan raya kat rumah…
Kalau student grab je peluang untuk bisnes..masyuk tu..kalau dah keje nanti susah dah nak dapat..huhu
teringin pulak kuih raya
kuih apa yer..suka batang buruk susah nk cari..klua d apun kt kedai bila beli sllu tak sedap heee..
A’a kan..batang buruk sedap jugak
biasa perniagaan kuih raya sebelum puasa lebih laris berbanding semasa puasa
betul tu bro
raya nak dekat nie… Bisnes PALING laris selain baju!
iyala lagipun orang sekarang kan suka beli kuih raya dari buat..mesti boleh laris..
dulu pernah jual kerepek. Sampai gua sendiri dah tak larat nak terima order. haha..penat kan main. Gua ni dah la pemalas.
peh..tokey kerepek rupanya sebelum ni
DT beli kuih raya untuk diri sendiri je.. bukan bagi orang.. tapi yang sedap je la.. tak sedap bagi orang makan.. heeee
itu dah tentu, yang sedap masuk perut sendiri dlu..hehe
Permulaan yang bagus untuk start bisnes yang berkaitan dengan KUIH RAYA nie….
puasa dah dekat …raya pun dah dekat ..jd sesape nak buat kuih raya boleh laa ni
Emmm memang memberi keuntungan pada mereka yang pandai membuat kuih muih ni..pasti senyum lebar lahhh..hehe
dah tak lama dah ni…rindu ramadhan dan syawal