Perkara Yang Perlu Dibuat Selepas Raya

Jeles betul dengan anak-anak aku, baru berapa hari raya tapi bila kira duit raya terkumpul dah suku duit gaji aku. Tak perlu kerja, tak perlu kerah keringat.. cuma duduk goyang kaki buat muka comel.

Berbeza dengan mak ayah diorang, yang pastinya kena hulur duit pada anak-anak saudara, anak rakan-rakan yang datang kerumah.. Dan nilainya, bukan macam raya zaman-zaman dulu lagi dah. Zaman-zaman milenium ni, duit raya paling kurang RM2. Itu pun kadang-kadang budak-budak yang datang beraya complain duit raya sikit.

Haippp.. budak-budak. Korang takleh pegang duit banyak-banyak. Bahaya. Hahaha

Memandangkan Khair dan Haziq masih kecil. Maka, seminggu lepas raya.. daddy dan ibu rajinkan diri bawa duit raya untuk disimpan.

Tabung pilihan..

Tabung Haji!

Alasan utama menyimpan di Tabung Haji supaya daddy dan ibu dia sendiri tak tersalah guna bila mana waktu-waktu terdesak. Keh keh keh.

Kedua, nak cepatkan proses pendaftaran Haji untuk Khair dan Haziq (sebab untuk daftar Haji kena ada minimum simpanan RM1300.. Kalau lambat daftar, nanti dapat giliran menunggu lambat gila).

Baca juga: Pengeluaran akaun KWSP 1 dan 2 untuk ibadah haji

Dan ketiga, for sure untuk simpanan diorang lah kan. Kalau simpan bawah bantal, mesti habis punya. Tak pun kena curi dengan toyol.

p.s: By the way, nasib baik juga sebenarnya kitorang dapat pergi Tabung Haji awal-awal. Sebab tahun ni dapat cuti raya panjang sikit. Balik dari kampung, terus terjah Tabung Haji cawangan Bangi. Itu pun ramai gila orang. Jenuh menunggu.

Untuk rujukan: Ada juga cawangan Tabung Haji lain yang beroperasi pada hari Sabtu minggu pertama. Rujuk gambar dibawah untuk senarai penuh.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 7 Comments

    Leave a Reply

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    3 Iklan Raya Paling Comel Tahun 2017

    10 Tahun iPhone