Technology evolve everyday. Tak semestinya apa yang kita sangkakan hanya fiksyen selama ini tidak akan dapat dihasilkan. Buktinya, wujud perisian video editing yang membolehkan pergerakan mulut diubah mengikut audio yang dimainkan.
Penghasilan video pertama yang menggunakan perisian ini adalah menggunakan video percakapan bekas presiden Amerika Syarikat, iaitu Barack Obama. Dari segi pergerakan bibir Obama, ia dilihat selari dengan audio yang didengar. Sekali gus, menimbulkan perasaan takut dalam diri kita akan kemungkinan yang bakal berlaku dimasa akan datang.
Tetapi, satu perkara yang masih boleh dianggap “baik” untuk didengar, apabila teknologi ini diwujudkan bagi mengatasi masalah sela masa ketika mambuat panggilan video. Melalui teknologi Recurrent Neural Network, penghasilan pergerakan mulut yang menepati audio dapat dihasilkan.
Buat masa ini, perisian ini masih diperingkat awal kerana sampel video Barack Obama yang dihasilkan memerlukan analisis dan penelitian video-video percakapan bekas presiden selama 14 jam untuk mendapatkan final output yang baik dan berkualiti.
Akan tetapi, difahamkan oleh pihak University of Washington (iaitu pihak yang bertanggungjawab menghasilkan perisian ini), mereka sedang berusaha untuk mengurangkan tempoh sampel video yang perlu dianalisis kepada sejam sahaja di masa hadapan. Dan dijangkakan pada acara SIGGGRAPH 2017 yang akan berlangsung 2 Ogos nanti, teknologi ini akan diperlihatkan secara lebih mendalam.
Dari sudut paranoid – Kita dekat kedai kopi kutuk Fattah Amin main-main je, tapi ada rakan yang kejam dia rekodkan audio kita tengah kutuk tu kemudian masukkan dalam video kita tengah buat public speaking dalam dewan. You get what I mean?
canggih dah skrg.. setiap apa shj ada perisian kan.. tq sharing info
Nampak gaya nya lepas ni akan di manipulasi habis untuk kempen politik