Perintah Kawalan Pergerakan baru je diumumkan malam tadi, sekaligus menyaksikan pada 18hb March 2020 nanti akan menyebabkan majoriti aktiviti harian menjadi terhad. Memetik kepada permasalahan yang utama bagi mereka yang bekerja di bandar-bandar sibuk adalah penutupan kedai makan, yang mana dari satu sudut merupakan keperluan wajib bagi mereka.
Sekaligus memberi impak besar dalam hidup seseorang, lebih-lebih lagi apabila individu tersebut adalah tergolong dalam kumpulan mereka yang jenis tidak berkesempatan untuk membeli barang keperluan asas biarpun kedai-kedai runcit masih dibuka.

Tapi mujurlah dengan wujudnya servis pesanan makanan secara online dan penghantaran makanan ke rumah, sedikit sebanyak meringankan beban golongan ini. Kerana melalui servis-servis ini dapatlah juga mereka memesan makanan bagi mengisi perut yang kosong.
Kelebihan kepada peniaga-peniaga makanan tatkala perintah ini dikuatkuasakan pula, apabila hasil jualan boleh diselamatkan daripada kejatuhan yang merudum. Tak kurang juga berkemungkinan besar ada sesetengah peniaga yang mungkin akan menikmati keuntungan yang berlipat kali ganda akibat permintaan yang meningkat secara mendadak (cuma perlu dipastikan bahawa sumber bahan mentah untuk memasak sentiasa mencukupi).
Maka kesimpulannya disini, dengan berkuatkuasanya perintah kawalan pergerakan ini, janganlah disangkakan ianya adalah penamat yang tidak bagus kepada anda. Walaupun dari dasarnya ia kelihatan seperti membawa impak negatif, namun sebenarnya masih ada sinar harapan untuk sesetengah pihak.
Akhir kata, sekiranya anda peniaga.. boleh cuba tingkatkan jualan anda menerusi program partnership bersama perkhidmatan-perkhidmatan penghantaran yang dimaksudkan diatas; iaitu sama ada Grabfood, Foodpanda, Bungkusit, DahMakan dan bermacam-macam lagi. Manakala bagi pengguna pula, boleh mula cuba biasakan diri dengan melakukan pesanan menerusi aplikasi-aplikasi perkhidmatan mereka.
- Daftar partnership sebagai merchant Grabfood
- Daftar partnership sebagai merchant Foodpanda
- Daftar partnership sebagai merchant Bungkusit