in ,

Pergi Umrah Atau Haji, Dan Kenapa Perlu Pakai Set Travel Suchi


Aku pernah bertugas di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selama 6 bulan. Ditempatkan di Sheikh Khalifa Medical City selama setengah tahun, merupakan satu tempoh yang cukup lama buat aku. Bukan saja kerana aku terpaksa berjauhan dengan keluarga, tapi kena tahan “azab” juga sebab skop kerja aku disana melibatkan kerja-kerja diluar bangunan yang menyebabkan aku terdedah kepada cuaca panas.

Negara-negara Arab di Teluk Parsi ini kalau korang nak tahu, selain cuacanya yang memang panas hampir sepanjang tahun, ianya juga kering. Kering yang aku maksudkan adalah kadar kelembapan udara yang rendah sehingga menyebabkan apabila kali pertama korang menghirup nafas di sana, terasa sedikit kesukaran untuk bernafas seperti kekurangan oksigen. Maka, first timer yang datang ke negara-negara Arab please take note, ia perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran disana. Tapi tak ada lah sehingga menyeksa diri. Hahaha.

Namun, walau sepanas mana cuaca disana pun.. akan tiba waktunya cuaca disana akan jadi sejuk juga. Paling best, apabila tibanya musim sejuk untuk beberapa minggu pada hujung tahun. Cumanya.. dalam kesejukan cuaca disini, ia masih lagi dalam suasana kering dan tanpa timbunan salji.

Tak seperti di negara kita yang menerima taburan hujan yang sekata sepanjang tahun.. Sepanjang 6 bulan aku berada di UAE, seingat aku boleh dikira hanya beberapa kali sahaja hujan membasahi tanah. Pernah satu ketika apabila aku dapat menyaksikan sendiri negara padang pasir ini dilimpahi hujan dan bila ditanya pada pak-pak arab, katanya hujan itu hujan rahmat selepas beberapa tahun ketandusan hujan. MashaAllah.. kuasa Tuhan. Hohoho

Situasi yang hampir sama kepada negara-negara Teluk Parsi yang lain iaitu Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar dan Arab Saudi, bilamana cuaca panas ini sememangnya dah jadi “trademark” buat mereka. Bila orang kata negara Arab, mesti akan terbayang dalam kepala mereka cuaca yang panas.

Well.. Bila bercerita bab-bab negara Arab ni, aku teringat pula akan bagaimanakah agaknya ya apabila kita bakal melakukan ibadah haji atau umrah di Mekah nanti kan. Yelah, Mekah kan berada didalam negara Arab Saudi. Maka, sedikit sebanyak aku dapat bayangkan secara kasar tentang cuacanya yang agak panas seperti yang pernah aku alami di UAE. Cuma.. kalau nak diceritakan pengalaman sendiri ke Mekah, hmm tak mampu nak bercerita. Almaklumlah cita-cita nak ke sana belum kesampaian. Hohoho.

Namun melalui pembacaan aku di beberapa blog dan portal online, ramai yang pernah ke sana berkongsikan sedikit kesukaran mereka apabila berdepan dengan cuaca yang sebegini panas. Bersesak-sesak dengan orang ramai itu sudah pasti, cuma yang agak tidak menyelesakan para jemaah haji dan umrah apabila badan masing-masing berpeluh-peluh, manakala bibir dan kulit pula kering dek kerana cuaca yang kering, panas dan tidak bersesuaian dengan kulit.

Ihram haji. Sumber gambar: Google

Nak dipakai sebarangan wangi-wangian ataupun alat penjagaan diri juga sudah tentu merisaukan, lebih-lebih lagi untuk para jemaah haji yang melakukan ihram. Takut silap-silap haribulan nanti terpaksa bayar dam pula kerana melanggar larangan haji. Worst case, dapat dosa free jika dilakukan dengan sengaja. Hohoho.

Suchi sah digunakan ketika ihram

Alang-alang bercerita tentang isu haram memakai wangian ataupun alat penjagaan diri ketika ihram, disini aku nak mengambil kesempatan untuk berkongsi satu produk yang wajib korang kena tahu bila dapat peluang menjejakkan kaki ke tanah suci.

Suchi, namanya. Produk keluaran tempatan yang sememangnya sah digunakan ketika ihram (jika korang tertanya-tanya sama ada boleh guna atau tak.. jawapannya, Boleh), kerana ia tidak mengandungi wangian dan bebas paraben. Malah status produk Suchi ni turut mendapat sokongan dari Mantan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Ia hadir dengan saiz yang kompak dan mudah dibawa kemana-mana kerana tak makan ruang yang banyak dan of course ianya juga ringan – Dari segi saiz, lepas sangat nak dibawa naik kapal terbang kerana ianya menepati syarat saiz maksimum barangan cecair yang boleh dibawa masuk kedalam kapal terbang, iaitu dibawah 100ml. Tambahan lagi ia disediakan dalam bentuk pakej-pakej yang lengkap. Dimana untuk jemaah lelaki khususnya, terdapat 1 pakej yang mengandungi 5 barang kegunaan harian, iaitu Set Ali seperti dibawah:

Gel mandian Suchi

Sabun mandi yang berbau pudina. Berbau segar dan menenangkan. Walaupun aku belum pergi umrah atau haji, tak bermakna aku tak pernah cuba guna gel mandian Suchi ni. So far, apa yang membuatkan aku suka bila menggunakan gel mandian ini kerana ianya senang dibilas walaupun buih sabunnya banyak. Badan-badan melekit senang dicuci.

Untuk makluman, selain menggunakan ekstrak daun pudina, gel mandian Suchi ini juga diperkaya dengan ekstrak Minyak Zaitun dan lidah buaya.

Pelembap bibir atau lipbalm Suchi

Produk ini merupakan jalan penyelesaian kepada mereka yang ada masalah bibir kering atau pecah. Diperbuat daripada bahan natural seperti minyak zaitun, minyak bunga matahari, shea butter, daun lidah buaya, lilin lebah dan tanpa mengandungi bahan pewangi, pelembap bibir ini sangat sesuai untuk elakkan bibir jadi kering bila cuaca panas atau sejuk. Sapu di bibir, dan lakukan aktiviti anda yang lain seperti biasa.

Yang paling best, kelembapan pelembap bibir ini juga kekal lama.

Losyen tangan dan badan Suchi

Bagi kaum lelaki kadang-kala mereka tidak menitik beratkan soal kulit yang kering dan menggelupas. Tapi sekiranya ada diantara mereka yang ingin mengelakkan masalah ini daripada berlaku, losyen Suchi ini adalah jawapannya.

Ianya adalah ‘waterbased’. Mudah meresap dan tak melekit apabila digunakan. Dilengkapi bau daun pudina yang lembut, apabila dipakai kulit akan terasa lembut dan selesa. Losyen Suchi juga diperkaya dengan ekstrak minyak zaitun, lidah buaya, minyak bunga matahari dan daun pudina.

Sah digunakan ketika ihram

Krim tumit Suchi

Barang penjagaan diri yang penting kerana melibatkan kaki yang perlu banyak berjalan. Ada orang kulit kakinya sensitif, ini mengingatkan aku tentang situasi aku bekerja di UAE dulu bilamana kulit tapak kaki jadi pecah-pecah dan bernanah. Sangat sukar untuk berjalan sebab tiap kali berjalan, tumit akan berasa sakit. Ini kan pula bagi mereka yang lebih banyak berjalan ketika menunaikan umrah dan haji.

Krim tumit Suchi ini berperanan untuk melindungi tumit supaya tidak merekah atau pecah setelah lama berjalan. Ianya mudah meresap kedalam kulit dan tak mendatangkan rasa melekit di tapak kaki. Seperti produk-produk Suchi yang lain, krim tumit Suchi turut diperkaya dengan khasiat minyak zaitun, lidah buaya, minyak bunga matahari, lilin lebah dan daun pudina.

B’Fit Losyen Suchi

Dan akhir sekali, penyelesai kepada masalah lenguh-leguh dan sakit sendi terutamanya sakit-sakit yang kerap berlaku pada mereka yang dah berusia.

B’Fit Losyen Suchi ini bertindak sebagai pelega yang pantas untuk menangani masalah lenguh. Buktinya, aku kongsikan pengalaman aku sendiri menggunakannya untuk sapu dibetis apabila terasa lenguh-lenguh akibat berjalan. Selepas disapu akan terasa dingin dan melegakan. Justeru, menghilangkan rasa lenguh.

Losyen ini juga seperti losyen tangan tadi, merupakan produk ‘waterbased’ dan mesra ibadah. Ia tidak melekit, tidak berminyak dan selesa dipakai walaupun sedang melakukan aktiviti harian.

Jadi, sekiranya korang dalam perancangan untuk melakukan umrah dalam masa yang terdekat ataupun haji di tahun yang akan datang. Bolehlah cari produk Suchi ini untuk dijadikan bekal barangan keperluan. Tak kurang juga, ianya boleh dibeli untuk diberi sebagai hadiah kepada saudara-mara atau sahabat handai yang juga bercadang untuk melakukan ibadah yang sama. Tapi, kalau nak beli untuk kegunaan seharian pun.. boleh saja.

Untuk maklumat lanjut dan harga jualan produk Suchi ini, korang boleh layari laman web rasmi mereka di www.suchiofficial.com, ataupun ikuti laman sosial mereka untuk ketahui promosi-promosi yang terbaru.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

4 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *