Haram J betul. Selipar tapak dah nak haus pun kena rembat. Rasa nak marah pulak. Melilau kot aku cari tadi. Dah macam kucing hilang anak. Ke hulur ke hilir cari mana selipar oren.
Sebabkan dah memang tak jumpa.. Nak tak nak, terpaksa aku balik ke kereta jalan kaki ayam. Kang kalau aku ambil selipar orang lain sebagai ganti, nampak perangai aku macam dia sangat.
Tak apa lah.. niat dalam hati halalkan je selipar tu. Aku doakan orang yang ambil selipar oren aku lepas ni rajin pergi solat berjemaah di surau. Mana tahu tiba-tiba lepas dah rembat selipar aku tadi, timbul 1001 keinsafan dalam diri dia. InshaAllah.
Zaman sekarang nak marah lebih-lebih pun tak boleh, silap-silap nanti ada orang kecam. Walhal orang lain cari pasal, betul tak. Hahaha.
By the way, dah sampai masanya aku berpisah dengan selipar oren. Nasib baik dalam kereta ada standby lagi sepasang selipar. Beli untuk raya hari tu.
Tapi.. minggu-minggu depan dah kena hati-hati lah kot. Pisahkan selipar jauh-jauh sikit supaya orang ingat selipar cacat. Kang kalau selipar baru ni pula yang kena rembat, murung aku seminggu. Tak ada selipar backup dah. Hahaha.
pakai mangga dekat selipar tu. tak pun dari kereta berkaki ayam ke masjid..sampai masjid basuh kaki…heeee
Sekarang ni suami Mama, kalau pergi surau terus sorokkan selipar. Sangat banyak kali selipar hilang
Balik rumah kaki ayam
setakat ni mana-mana masjid atau surau aku pegi, tak pernah lagi le ada kes hilang selipar..ohoho..mmg sentiasa standby selipar dalam kereta 😀