Percaya Tak? Khair Pun Suka Lazz Susu Kambing


Kalau korang pernah jejak blog aku dan baca entri-entri yang lepas, mesti korang perasan aku pernah kongsi cerita tentang betapa sukanya wife aku minum LazzCafe.

Well.. Sehingga hari ni, pernah lagi beberapa kali dia request untuk aku belikan lagi LazzCafe tu. Cumanya belum kebetulan lagi aku jumpa di kedai. Sorry ye darling, kalau jumpa, confirm abang beli.. Hehehe.

Nak dijadikan cerita.. Lately Khair pula suka minum susu kambing Lazz. Berbeza dengan aku yang lebih suka susu Lazz perisa asli, Khair ni pula dia prefer Lazz Choco.

Sebab apa dia suka Lazz Choco? Entah lah. Mungkin sebab chocolate kot. Kanak-kanak sejenis spesis gak yang pantang tengok chocolate. Kalau nampak je terus ketar kepala. Hahaha.

Okay. Tukar soalan. Macam mana dia boleh berminat nak minum Lazz susu kambing?

Haa.. menjawab kepada persoalan ini, ada 2 faktor. Pertama, kalau dah bukan kerana terpengaruh dengan daddy dia yang kacak ni, dia nak terpengaruh dengan siapa lagi kan. Apabila role model minum minuman berkhasiat, anak didik kena lah follow. Tak gitu? Hehehe.

Sebab kedua, sebab yang ni ada keajaiban sikit. Aku tak sure macam mana dia boleh jatuh cinta dengan Lazz susu kambing. Tapi aku dapat rasakan Khair jatuh cinta pada Lazz susu kambing sebab rasanya yang sedap dan lemak-lemak manis.

Serius eh.. bila aku kata “keajaiban” tu, aku memang betul-betul maksudkannya. Sebabnya nak tau?

Sebab sebelum ni kalau aku suruh dia minum apa-apa susu yang jenis kena bancuh, dia memang payah yang amat. Siap ada aksi macam orang mengandung yang mual nak muntah. Itu spontan okay, bukan rekaan.

Tapi.. compare dengan susu kambing Lazz, even kali pertama aku “offer” dia minum. Dengan tak banyak songeh dan excitednya dia teguk susu tu. Lebih mengejutkan lagi bilamana semalam, dia suruh ibu dia bancuh untuk diminum sebelum masuk tidur.

Aku pandang dia.. Wow.. aku terkesima! Rasa macam tak percaya. Hahaha.

Well.. tak apa lah kan. Kalau anak dah suka minum benda yang sihat, aku pun tumpang happy. Lagipun, berdasarkan pemerhatian aku terhadap rakan-rakan di sosial media khususnya, ramai je kawan-kawan yang recommend susu Lazz untuk anak-anak.

Katanya, Lazz susu kambing bukan setakat minuman sunnah. Tetapi sekiranya diamalkan  dapat memberi tenaga kepada anak-anak untuk lebih fokus dalam pembelajaran.

Dan of course, aku sendiri pun tahu.. Lazz susu kambing ni tak manis macam sesetengah susu yang lain. So, berani jamin susu kambing Lazz selamat untuk kanak-kanak.

Okay.. Alang-alang bercerita pasal susu kambing daripada brand Lazz ini, aku nak kongsikan juga info-info menarik pasal susu ini yang aku rasakan perlu untuk korang tahu, iaitu:

  1. Sumber Lazz susu kambing adalah susu kambing asli dari Holland yang dipasteur dan diserbukkan tanpa tambahan sebarang bahan sintetik kimia.
  2. Lazz susu kambing mempunyai protein S2 yang tinggi dimana protein S2 itu bersifat mudah dihadam serta hypoallergenic.**Perlu dimaklumkan, hypoallergenic adalah faktor kenapa susu kambing kini popular sebagai susu alternatif di negara barat kerana ianya berkemampuan untuk merendahkan risiko alahan. Tidak seperti susu lembu yang lebih tinggi kandungan protein S1, protein S1 yang tinggi akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut apabila dihadam.
  3. Dan satu lagi info adalah susu Lazz baik untuk kulit serta membantu mengeluarkan angin dalam badan.
Lala – Maskot susu kambing Lazz

Actually nak cerita tentang kelebihan Lazz susu kambing ni ada banyak. Aku tulis 4-5 entri pun belum tentu habis tulis. Tapi sekiranya korang rasa tertarik nak baca berkenaan susu Lazz ini, aku sarankan terus je ke laman rasmi Lazz iaitu, www.lazz.my.

Cuma fokus aku kat sini hanya nak bagitahu, Lazz susu kambing ni memang antara produk yang terbaik. Selain tak bau hamis, korang boleh mix and match antara perisa-perisa yang ada untuk jadikannya lebih sedap.

Akhir kata dari Khair.. “Lazz susu kambing sedap.“. Kena percaya okay. Sebab budak-budak tak pandai menipu. 🙂

Nota: Lazz susu kambing boleh ditempah secara online dan penghantaran boleh dilakukan hingga ke depan pintu rumah. Untuk yang berminat untuk membeli dan ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk membuat tempahan online, boleh layari lazz.lazzdelivery.com.



2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini