in

Perbezaan Visa Pelancong Dan Visa Umrah

Kaaba in Mecca

Baru je baca satu posting daripada saudara Najmi Farisham berkenaan umrah menggunakan visa pelancong. Ya.. Kalau korang belum tahu, kerajaan Arab Saudi sedia mengeluarkan visa pelancong kepada orang ramai yang ingin melakukan ibadah umrah dan visa ini boleh dimohon secara online melalui laman web visitsaudi.com.

Senang? Ya.. senang.

Namun begitu disebalik kesenangan dan harga visa pelancong ini yang lebih murah, ia juga hadir dengan satu risiko yang agak besar. Apa risikonya?

Ahaaa.. risikonya melibatkan duit, khususnya kepada mereka yang mungkin bakal berurusan dengan pihak hospital). Yang mana sekira berlakunya situasi sebegitu, segala urusan perubatan adalah TIDAK akan ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi.

Meaning to say, kalau berlakunya situasi yang memerlukan rawatan kecemasan di hospital.. kena pakai duit sendiri.

Ngeri weh, bila baca posting saudara Najmi Farisham yang menceritakan perihal seorang bapa yang memerlukan rawatan dialisis sebanyak 4 kali dek kerana masalah buah pinggang, dan anak-anak kena cari fund dalam SAR3880 untuk bayar kos hospital.

Fuh.. Terus membuatkan aku berfikir.. instead of bayar murah, tapi end up kena tanggung sendiri kos hospital.. for sure in future kalau aku nak buat umrah, better bayar mahal untuk dapatkan visa umrah. At least orang kata, prevention is better than cure. Hohoho.

By the way, kalau korang tertanya kenapa ada sesetengah orang mengambil visa pelancong untuk melakukan ibadah umrah? Salah satu sebabnya adalah kerana visa ini lebih murah. Dan selain itu, perbezaannya adalah:

Visa pelancong

  • Boleh dipohon terus secara online melalui laman web visitsaudi.com.
  • Terbuka kepada semua tetapi bukan Islam tidak dibenarkan masuk ke Mekah dan Madinah.
  • Tidak memerlukan mahram.
  • Tidak memerlukan maklumat penerbangan.
  • Tidak memerlukan maklumat penginapan.
  • Had jangka di Arab Saudi yang lebih panjang, iaitu tidak melebihi 90 hari.
  • Umrah diperbolehkan.
  • Boleh masuk keluar secara berulang.
  • Dikawanselia oleh Suruhanjaya Arab Saudi bagi Pelancongan dan Warisan Negara.
  • Dan, visa ini adalah untuk kegunaan sendiri atau berkumpulan.

Manakala, visa umrah

  • Dikeluarkan oleh GDS Umrah (seperti Bab Al-Umra)
  • Hanya untuk penganut Islam
  • Memerlukan mahram (bagi wanita)
  • Memerlukan maklumat penerbangan.
  • Memerlukan maklumat penginapan.
  • Had jangka di Arab Saudi yang pendek, iaitu 30 hari.
  • Hanya dibenarkan masuk sekali sahaja.
  • Hanya untuk tujuan umrah.
  • Dan, untuk kegunaan sendiri atau berkumpulan.

p.s: So korang dah tahu secara asas apa perbezaan visa pelancong dan visa umrah, fikir lah elok-elok ya sebelum buat keputusan. Perbandingan ini adalah untuk guideline sahaja dan pilihan muktamad di tangan korang. Kalau korang guna servis travel ejen, make sure tanya betul-betul untuk elakkan masalah kelak.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

5 Comments

Leave a Reply
  1. kalau visa pelancong, dinasihatkan tambah insuran seperti Etiqa Trip Care 360 (untuk claim luggage rosak, delay flight dll) dan juga Medic Pilgrim atau Al Khairi Care untuk rawatan perubatan (cashless) di sana

  2. Salam hati-2 dgn agent yg gunakan visa pelancong bila kita travel kena fikir segala aspect.
    Danjuga travel agency yg bagi harga murah tak masuk akal bayar dulu setahun baru travel masuk akal tak lepas setahun hotel dan ticket takkan tak naik? Kesian pak cik mak cik tertipu. Cari agent yg lama beroperasi bukan travel agent setahun jagung yg bagi pkej murah tapi aniya org.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *