in

Perbezaan antara Perkongsian, VPS, dan Hosting yang didedikasi (Dedicated Hosting) – Mana satukah yang sesuai untuk anda?


Sekiranya anda bukanlah seorang yang pakar IT dan tanpa disangka secara tiba-tiba anda perlu menbina sebuah laman sesawang untuk suatu tujuan, sama ada untuk laman peribadi, atau pun bisnes, anda berkemungkinan besar sudah mengetahui yang anda perlu membeli hosting untuk laman sesawang anda.

Mengetahui akan perkara tersebut tidak lah begitu menakutkan, benar? Yang memeningkan anda ialah apakah maksud pelan hosting, juga tawaran dari pelbagai syarikat hosting yang mana sesuai untuk anda.

Kebanyakan syarikat-syarikat hosting menawarkan 3 pelan hosting yang umum: Hosting yang berasaskan perkongsian, VPS (Pelayan Maya Peribadi), Hosting yang didedikasi

Saya akan cuba mentafsirkan istilah-istilah yang teknikal tersebut dengan menggunakan perkataan-perkataan yang paling mudah.

Sebelum saya berbuat demikian, izinkan saya menjelaskan secara ringkas mengenai ‘Hosting’. Jika anda faham bagaimana ia berperanan, ia akan lebih memudahkan anda memahami apakah perkara-perkara yang mempengaruhi pelan-pelan hosting yang ada.

Jadi, apakah hosting sebenarnya? Bagaimana ia berfungsi?

Begini, dalam istilah mudah, hosting adalah tiada apa apa melainkan menyimpan fail-fail di dalam sebuah komputer yang sentiasa disambungkan ke rangkaian (“network”), membuatkan fail-fail tersebut boleh diakses daripada alat alat elektronik lain seperti komputer, telefon mudah alih, tablet dan lain lain.

Komputer hos / pelayan (“server”) mempunyai komponen komponen sama seperti kamputer anda, pemacu storan, RAM, pemproses dan lain lain. Uniknya ialah komputer-komputer hos ini memang dioptimasikan hanya untuk menyimpan dan melayan data bagi tujuan laman-laman sesawang dapat dikunjungi oleh orang ramai.

Sekarang, sama seperti konfigurasi perkakasan boleh mempengaruhi kemampuan prestasi computer anda, ia juga berlaku pada komputer-komputer hos. Berlainan konfigurasi perkakasan pada komputer-komputer hos akan mempengaruhi prestasi laman sesawang tersebut. Begitulah bagaimana pelan-pelan hosting diadakan, menawarkan anda harga yang berbeza bergantung pada tahap prestasi yang berbeza.

Jika ada sudah faham apa yang telah diterangkan tadi, dijangkakan anda akan dapat faham tentang pelan-pelan hosting yang berbeza yang saya akan cuba tafsirkan.

Hosting berasaskan perkongsian

Dalam kes hosting berasaskan perkongsian, lebih daripada satu laman sesawang dihos di dalam satu komputer pelayan. Kemampuan keseluruhan fizikal komputer pelayan tersebut akan dikongsi oleh semua laman-laman sesawang tersebut, seperti RAM, masa pemprosesan CPU dan lain lain, kecuali ruang storan yang biasanya diperuntukkan khas untuk setiap akaun hosting.

Anda boleh samakan ia dengan bilik sewa sebuah rumah. Anda akan ada sebuah bilik khas untuk anda, begitu juga dengan penghuni-penghuni bilik-bilik lain. Sama seperti mempunyai ruang storan khas di dalam komputer pelayan.

Walau bagaimanapun, anda akan berkongsi kemudahan-kemudahan lain, umpamanya dapur, tandas, dan ruang tamu, dengan teman-teman serumah. Sama seperti anda akan berkongsi masa pemprosesan CPU, RAM dan lain lain sumber dengan laman-laman sesawang lain yang dihos di dalam komputer pelayan yang sama.

Anda menyewa bilik bertujuan untuk meringankan kos, ianya sama juga dengan hosting berasaskan perkongsian. Ia biasanya paling murah di antara pelan-pelan yang ada. Ianya dalam lingkungan harga daripada USD 3 USD 10 bergantung pada pembekal hosting yang anda pilih.

Sekarang, daripada penjelasan tadi, ia nampak seakan hosting berasaskan perkongsian adalah sangat berprestasi rendah dan seolah-olah produk yang murah dan rendah kualitimya.

Ia adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, sebahagian besar daripada laman-laman sesawang adalah dihos oleh hosting berasaskan perkongsian. Ini kerana, prestasi yang sedia ada pada hosting berasaskan perkongsian yang dianggap berkualiti rendah sebenarnya adalah lebih dari cukup untuk kebanyakan laman-laman sesawang.

Hosting berasaskan perkongsian baiasanya diurus oleh pembekal hosting. Segala benda yang merumitkan dan urusan pengoptimuman adalah tanggungjawab mereka. Tidak banyak yang perlu dilakukan oleh pelanggan, jadi pengetahuan teknikal bukanlah amat diperlukan. Ini adalah kebaikan tambahan untuk orang-orang baru dalam era laman sesawang.

Sejajar dengan itu, tidak banyak skop untuk pengubahsuaian daripada pelanggan-pelanggan. Tetapi kebiasaannya, laman-laman sesawang bisnes atau peribadi tidak memerlukan banyak pengubahsuaian.

Hosting berasaskan perkongsian dari segi perbandingan adalah terdedah kepada virus dan perisian perosak lain. Jika satu laman sesawang dijangkiti, ada kemungkinan laman-laman sesawang lain akan dijangkiti juga. Walaupun terdapat pasukan teknikal yang sudah terkenal dengan kemahiran untuk mengatasi situasi-situasi seperti ini, risikonya masih tidak dapat dibasmi sepenuhnya.

Jika anda merancang untuk membina laman sesawang bagi tujuan bisnes kecil-kecilan, atau portfolio peribadi, dan laman sesawang anda tidak memerlukan sebarang penyubahsuaian yang khusus, pelan hosting berasaskan perkongsian mampu memberikan anda nilai untuk wang yang paling baik.

VPS (Pelayan Maya Peribadi)

Boleh dikatakan hampir sama dengan hosting berasaskan perkongsian. Ianya merupakan banyak laman-laman sesawang dalam “Satu” komputer pelayan. Cuma kali ini istilah “banyak” sebenarnya tidaklah begitu banyak seperti hosting berasaskan perkongisan. Bila berbicara mengenai VPS, terdapat perbandingan dari segi kekurangan bilangan laman-laman sesawang dalam satu komputer pelayan.

Tambahan lagi, kali ini kebanyakan sumber-sumber adalah diperuntukkan untuk setiap laman sesawang, bukan hanya ruang storan. Anda dapat semua ini secara khusus, teras CPU, RAM, ruang storan, jalur lebar dan lain-lain. Khusus maksudnya khusus. Tidak kira bagaimana betapa perlunya laman sesawang lain pada sumber yang ada, sumber-sumber yang dikhususkan untuk anda tidak akan diusik langsung. Kerana itulah prestasi VPS adalah dari segi perbandingan lebih baik daripada hosting berasaskan perkongsian.

Kerana itu juga, ia dipanggil Pelayan Maya Peribadi. Komputer pelayan tersebut secara realitinya bukanlah kepunyaan peribadi anda sahaja. Namun oleh kerana sumber-sumber telah diperuntukkan seolah-olah ia adalah milik anda. Sama seperti Realiti Maya, seperti anda tahu, memberi pengalaman maya memiliki komputer pelayan sendiri.

Bandingkan ia dengan menyewa unit atau apartmen di flat atau bangunan. Anda tidak akan berkongsi kemudahan seperti bilik mandi, ruang tamu, atau dapur dengan orang lain. Anda juga akan dapat secara bebasnya berbuat apa sahaja ke atas apartmen anda.

Bagaimanapun, memandangkan bangunan itu bukanlah kepunyaan anda dan ia dikongsi dengan orang lain, anda masih perlu berkongsi kemudahan dengan mereka di bangunan itu seperti bekalan elektrik dan sistem air..

Seperti yang telah dinyatakan tadi, akan terdapat secara jelas kurangnya penghuni-penghuni dalam sebuah bangunan dan setiap penghuni akan mendapat ruang yang lebih luas.

Harga VPS kebiasaannya di antara USD10 sehingga mencecah USD100 setiap bulan bergantung berapa banyak sumber yang ingin anda peruntukkan. Terdapat juga syarikat-syarikat yang menawarkan VPS pada harga yang lebih murah, hampir-hampir sama dengan hosting berasaskan perkongsian.

VPS adalah lebih dijamin keselamatannya daripada hosting berasaskan perkongsian, ini kerana peruntukan sumber secara maya / pembahagian. Juga kurangnya bilangan laman-laman sesawang di dalam satu komputer pelayan, peluang untuk terjejas adalah rendah. Walaupun begitu, ianya bukanlah yang paling dijamin keselamatnnya, ini kerana pada akhirnya, laman-laman sesawang tersebut, tidak kira walaupun kurang bilangannya, mereka masih dihos di satu komputer pelayan. Bagaimanapun, laman-laman sesawang ini masih dijamin keselamatannya berbanding hosting berasaskan perkongsian.

Para pelanggan mempunyai tanggungjawab untuk mengurus VPS mereka sendiri. VPS adalah tidak diurus semuanya oleh pembekal hosting. Sedikit kemahiran teknikal yang berkaitan adalah perlu daripada pelanggan untuk mengurus VPS. Dengan itu, pelanggan-pelanggan memperolehi skop untuk pengubahsuaian mengikut kehendak mereka juga.

Mereka yang memilih VPS, kebanyakan mereka berbuat demikian kerana kebolehan pengubahsuaian  yang ditawarkan. Jika anda mahukan membina laman sesawang yang memerlukan pengubahsuaian di komputer pelayan itu sendiri seperti perisian yang dibina khas dan lain lain, VPS adalah untuk anda. Juga jika anda rasa laman sesawang anda akan dikunjungi orang ramai dari agak ramainya ke sangat ramai, anda harus mempertimbangkan VPS.

Ramai orang yang cenderung memilih VPS tidak selesa dengan idea berkongsi ruangan storan dan kelajuan dengan orang-orang lain yang tidak pasti berapa ramainya mereka. Kalau itu juga apa yang anda risaukan, pilih VPS dan kekal rasa selesa dengan pasti.

Komputer pelayan yang didedikasi

Namanya sendiri sudah jelas maksudnya. Komputer pelayan yang khas diperuntukkan kepada anda sahaja. Anda tidak berkongsi apa-apa pun dan berseronoklah dengan 100% sumber komputer pelayan yang anda miliki, kuasa pemprosesan, RAM, ruang storan – segala-galanya, untuk memudahkan kata-kata. Tiada siapa yang akan berlumba-lumba untuk mendapatkan sumber-sumber anda, dengan sebab itu prestasi komputer pelayan yang didedikasi adalah yang terbaik. (Jika anda masih belum boleh meneka)

Anda memiliki kebebasan untuk mengurus komputer pelayan mengikut kesukaan anda. Anda juga tidak perlu berdepan dengan kesan jiran yang tidak baik yang dihadapi oleh pemilik-pemilik hosting berasaskan perkongsian dan hosting VPS. Antara kes-kes yang berkenaan, jika satu laman sesawang dijangkiti virus dan perkara yang tidak baik, kemungkinan laman-laman sesawang lain akan terkena juga. Ini tidak akan berlaku sama sekali dengan komputer pelayan yang didedikasi.

Dengan penjelasan tadi, ia juga dapat difahami yang tanggungjawab mengurus komputer pelayan adalah tanggungjawab penuh anda. Jadi, anda memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi untuk mengurus baik komputer pelayan anda.

Anda boleh bandingkan komputer pelayan yang didedikasi dengan memiliki rumah sendiri. Anda akan puas dengan setiap sumber, dan boleh membuat pengubah suaian mengikut kehendak anda. Mungkin cat diding anda berwarna merah atau biru, atau kuning, – apa sahaja yang anda suka.

Pelan komputer pelayan yang didedikasi adalah yang paling mahal sekali. Harganya dalam lingkungan USD80 ke USD 500 sebulan, bergantung kepada konfigurasi komputer pelayan yang anda mahukan.

Komputer pelayan yang didedikasi adalah juga yang paling selamat. Seperti yang telah saya terangkan sebelum ini tiada kesan jiran yang tidak baik, kebarangkalian untuk mendapat kesan yang tidak baik daripada orang lain adalah tiada langsung.

Pelan ini adalah yang terbaik untuk bisnes-bisnes yang sangat besar dan laman-laman sesawang yang dijangkakan mempunyai kunjungan lebih daripada setengah juta orang setiap bulan. Juga, laman-laman sesawang tersebut memerlukan kadar pengubahsuaian yang tinggi. Komputer pelayan yang didedikasi adalah terbaik dari segi keselamatan untuk laman-laman sesawang atau bisnes-bisnes yang mementingkan keselamatan sebagai paling utama juga cenderung untuk memilih komputer pelayan yang didedikasi.

Penutup kata

Mudah-mudahan, saya mampu memberi gambaran keseluruhan yang padat tentang apa itu hosting dan apakah ciri-ciri asas dan perbezaan pelan-pelan hosting. Nasihat saya yang terakhir yang ingin saya sampaikan mengenai pembelian hosting adalah, anda seharusnya fokus terutamanya dengan jangkaan struktur dan jangkaan bilangan trafik laman sesawang anda, dan beli pelan sewajarnya. Jangan berlebihan.

Jika anda bermula dengan laman sesawang yang pertama, idea terbaik ialah mulakan dengan pelan hosting berasaskan perkongsian yang sudah terkenal reputasinya. Akan sentiasa ada skop untuk memindahkan laman sesawang anda ke VPS, host yang didedikasi atau “cloud hosting” nanti bila mana laman sesawang anda makin membesar.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *