Rumah, setiap orang mengimpikan rumah. Aset kekal yang nilai harganya meningkat hari demi hari.
Kini persaingan untuk mendapatkan aset kekal amatlah mencabar. Dengan taraf hidup yang tinggi dan harga rumah yang naik mendadak seperti barangan tiada kawalan, membuatkan pembeli terpaksa bijak menilai pelbagai tawaran pinjaman bank diluar sana.
Ada peminjam seperti AIA yang menawarkan kadar interest yang tetap serta lebih tinggi dan tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman dan ada pula bank yang menawarkan kadar interest yang lebih rendah tetapi berubah sepanjang tempoh pembayaran.
Maka dengan itu, muncullah iMoney.my. Sebuah laman web ber-niche-kan pengurusan hartanah yang bertujuan untuk memudahkan bakal pembeli hartanah mencari maklumat yang lebih terperinci mengenai bidang itu.
Antara fungsi yang paling menarik disediakan didalam laman web iMoney.my ini adalah laman perbandingan pinjaman-pinjaman perumahan dimana kesemua jenis pinjaman yang ditawarkan didalam pasaran tempatan disenarai serta kelebihannya diterangkan. Rujuk disini
Secara jujurnya, bagi pendapat Hafiz ia sememangnya berguna. Perbandingan sebegini secara tidak langsung dapat membantu bakal pembeli dalam pemilihan pinjaman perumahan yang bersesuaian dengan poket masing-masing.
Oh ya, dilaman web iMoney.my ini juga terdapat satu online tools yang membenarkan bakal pembeli hartanah bermain dengan pembolehubah pasaran yang berlainan seperti harga rumah, tempoh pinjaman dan juga kadar interest. Justeru dalam masa yang sama dapat memberi anggaran bayaran bulanan yang perlu dibayar kelak.
Menarik dan amat membantu bukan?
Ya, memang menarik. Tetapi ianya akan lebih menarik sekiranya ianya dikongsi bersama orang lain. Jadi sekiranya anda rasakan maklumat ini berguna, sudi-sudikanlah berkongsi pada rakan-rakan yang lain. Sharing is caring. 🙂
Whoaa sungguh menarik tapi kie masih xberapa faham cara penggunaannya lah fiz…
in conjunction parents nak cari rumah dan tanah kat Labuan…
wah..beli kat labuan..best tu
Terima kasih di atas perkongsian info. . Dekat imoney sememangnya dapat membantu kita untuk membuat perbandingan tentang jenis loan yang lebih menguntungkan. .
bagus ni..dpt menbantu kita membuat pilihan yg terbaik
web iMoney.my pasti bisa menjadi rujukan bagi siapapun yang ingin mendapatkan rumah dan info pinjaman rumah
nice share
wah…x sangka malaysia ada web camni. best2