Pertama kali terpandang, mungkin aku boleh fikir secara positif lagi. Agaknya.. empunya kereta ni ada urusan mustahak yang perlu diselesaikan sehinggakan dia tak sempat nak park kereta betul-betul dalam kotak yang disediakan.
Tapi.. kalau dah setiap hari macam ni. Dengan kereta yang sama, tempat yang sama, even kotak parkir berhampiran pun masih lagi banyak yang terbiar kosong.. itu bukannya tak sengaja lagi dah.
Tapi, sengaja mengambil kesempatan.
Pendek kata, jenis yang pentingkan diri sendiri. Laluan yang sepatutnya luas boleh dilalui oleh kereta-kereta lain tanpa masalah, dah jadi sempit dek kerana golongan cerdik pandai ini yang suka menghalang laluan.
Haish.. mentaliti orang kita. Masih lagi di takuk lama. Dah disediakan ruang parkir yang tersusun rapi, nak juga ikut kepala sendiri.
Note: Empunya kereta Toyota Hilux yang didepan Toyota Unser, seorang perempuan. Jalan berlenggang dengan beg LV ditangan. Hmm..
Hehehe kan kalau kita kata kan dia cakap kita ni kasarpulak kan ..Tapi takpe kita nak kata jugak la Fazrol ..Ini olang bikin panasss dan tak reti bahasa namanya huhuhuhu.kasar sudah bahasa pagi ini …BW sini ..Selamat pagi …..
Hehehe kan kalau kita kata kan dia cakap kita ni kasar pulak kan ..Tapi takpe kita nak kata jugak la Hafiz.. ..Ini olang bikin panasss dan tak reti bahasa namanya huhuhuhu.kasar sudah bahasa pagi ini …BW sini .. Selamat pagi …..Silap tulis nama la pulak tadi komen kt blog fazrol huhuhu..sorry ubah balik hahaha
Masih kurang bertamadun..ataupun mmg dia tak nmpk ade parking kosong 《— sangka baik..
pentingkan diri sendiri.. kalau kena langgar org lain disalahkan..
penyakit berbahaya