in ,

Perabot Berkualiti Tinggi Bersama Stanzo Collection


Stanzo  Collection, satu lagi nama baru yang bakal bersaing dengan nama-nama besar dalam menawarkan pelbagai jenis perabot eksklusif dan berkualiti tinggi.

Minggu lepas, aku bersama beberapa orang rakan blogger sempat menghadirkan diri ke majlis pelancaran outlet mereka yang bertempat di 1 Mont Kiara Shopping Mall, Kuala Lumpur.

Stanzo collection-opening

Stanzo” atau “Stanza” merupakan istilah daripada Itali yang bermaksud “bilik“, meletakkan dua jenis jenama terbaik iaitu “Songdream” dan “Prostoria” yang merupakan gaya terbaik daripada Timur dan Barat.

Kami memilih “Stanzo” kerana ia memberi maksud “bilik” dalam Bahasa Inggeris yang mana ianya sesuai dengan gaya bilik pameran yang kami usahakan sebagai konsep di outlet Stanzo Collection. Untuk menyerlahkan konsep bilik pameran dan perabot yang diketengahkan di dalam outlet kami, setiap daripadanya akan dipaparkan mengikut konsep yang berbeza-beza mengikut kesesuaian bilik bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang reka bentuk masing-masing. Setiap bilik akan dilengkapi dengan perabot yang lengkap supaya ia dapat memberi suasana kediaman atau tempat kerja yang sebenar, ” kata Ken Low, Pengarah Stanzo Collection.

Dek kerana kepelbagaian jenis sofa, meja kopi, pembahagi bilik, kerusi, rak buku, meja makan dan almari, koleksi “Songdream” dilihat pasti akan menarik hati mereka yang mencari persekitaran yang kontemplatif dan tenang dengan pemilihan perabot kontemporari moden yang menyediakan daya tarikan Zen.

set katil cantik

katil cantik

sofa bentuk L

Ruangan membaca

meja makan

ruang membaca

Sementara itu pula, perabot yang berasaskan gaya Barat “Prostoria” mendasarkan reka bentuk garisan bersih yang seiring dengan palet warna tenang yang berbeza, apatah lagi dengan warna terang seperti warna merah yang meriah atau warna hijau yang bersemangat. Dengan koleksi serba boleh daripada kayu, keluli, kain perabot dan hiasan, ia adalah tidak memeranjatkan bahawa “Prostoria” adalah model sofa dengan pelbagai fungsi “Uplift” yang baru-baru ini telah memenangi “Interior Innovation Award” daripada Majlis Rekabentuk Jerman.

wooden dining table

ruang menunggu

rak buku kreatif

mini sofa single

Menarik tak?

Well.. Secara asasnya, boleh dikatakan setiap perabot didalam Stanzo Collection ini menyasarkan pemilik rumah yang  mempunyai minat yang mendalam dari segi mereka bentuk persekitaran dalaman rumah mereka sendiri. Pendek kata, koleksi premium ini juga dilihat cukup versatil dalam memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.

bean bag best

Jadi, tunggu apa lagi. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang perabot-perab0t daripada Stanzo Collection ini, bolehlah hubungi mereka melalui maklumat yang tertera di bawah:

No. telefon: 017-2057885

Email: enquiries@stanzocollection.my

Website: stanzocollection.my

Facebook: www.facebook.com/pages/Stanzo-Collection

Alamat:

Unit 2-3, 2-3A
1 Mont Kiara Mall
1 Jalan Mont Kiara
Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *