Penyelesaian Google Lambat Index Entri

Seperti biasa, dalam jam 5 pagi Hafiz akan bangun dari akan bersahur. Selepas bersahur mulalah tangan ni melilau nencari laptop untuk update apa yang patut dalam blog.

Dalam masa blogwalk sebentar tadi Hafiz ada terjumpa salah satu posting daripada seorang rakan tentang “Google lambat index entri“. Okay..ini masalah biasa. Hafiz juga tidak pasti puncanya, mungkin disebabkan musim Google Panda beranak ataupun Google Penguin bertelur.

Tapi jika Hafiz mengalami masalah Google lambat index entri ini, jalan penyelesaian yang Hafiz gunakan adalah seperti berikut:

  1. Log in ke Google Webmaster Tools
  2. Masuk ke Dashboard domain yang bermasalah
    Webmaster tools
  3. Pergi ke Crawl > Fetch as Google
    Dashboard webmaster tools
  4. Paste url didalam kotak yang disediakan dan klik “Fetch” (klik gambar untuk besarkan)
    fetch as Google url 1
    Tunggu sehingga fetch status bertukar kepada success.

    fetch as Google url 2submit url to index

Walaaahh..siap. Untuk semakan boleh ke Incognito Window (browser Google Chrome) dan sebagai contoh search “site: hafizrahim.com/penyelesaian-google-lambat-index-entri”.

result google lambat index

Kalau ada tu maksudnya Google dah index entri tersebut.

Selain Google auto index entri blog, ini merupakan cara manual untuk Google index entri korang.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 52 Comments

    Leave a Reply
      • kira dah settle la problem ko ye..berapa lama baru dia masuk? lagi satu info, kalau entri yang ko buat tu ko draft dulu..then edit 4-5 kali baru publish..nanti masa ko submit dia akan take time skit..macam aku biasa kena dalam 1-2 minit baru keluar.

    1. Mantap lah, power SEO abam ni rupanya 😀
      Lama tak godek-godek Google Webmaster Tools, mesti banyak feature baru tu.

    2. Info berguna ni. Walaupun saya selalu main seo. Tapi tak pernah cek samaada google dah index ke tak. Yang saya tahu saya biarkan lepas tu ada je orang search artikel tu. Tu pun tuk blog yang saya main seo untuk promosi sesuatu produk.. :p

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Ayam Golek Murah

    Aura Hot..Memang Hot