in ,

Penyampaian Hadiah Peraduan Minum Dan Menang Jus Mangga PRAN


Siapa follow aku di Facebook mesti tahu akan Jus Mangga Pran kan?

Ala.. Jus mangga yang aku selalu promote dulu. Jus yang rasanya memang 100% sama seperti buah mangga yang baru dipetik dari pokok. Pekat, likat, manis.. pehh complete. Memang puas hati minum.

Nak dijadikan cerita.. Ahad lepas, aku sempat menghadiri satu majlis penyampaian hadiah untuk contest Minum dan Menang Jus Mangga Pran yang telah dilancarkan syarikat mereka baru-baru ini. Majlis yang bertempat di Sri Damansara Club itu mengumpulkan seramai 30 orang pemenang bertuah untuk menerima hadiah masing-masing.

Minum dan menang jus mangga pran
Pengarah urusan Pran

Hadiah-hadiah paling gempak berupa sebuah TV LED 42 inci, sebuah smartfon berjenama OPPO dan beberapa buah smartfon berjenama Lenovo. Manakala hadiah paling cikai pula berupa wang tunai bernilai RM100 bagi setiap seorang. Wah.. kalau tengok daripada senarai hadiah, memang berbaloi sangat lah untuk turut serta kan.

Penyampaian hadiah contest jus minum dan menang jus mangga pran
Antara pemenang yang bertuah
Antara pemenang yang bertuah
Pemenang contest jus mangga pran

Yelah, syarat contest pun tersangatlah mudah. Hanya perlu posing dan snap gambar. Kemudian, jika gambar yang dihantar itu menarik dan terpilih, paling busuk pun boleh menang duit belanja RM100. Banyak tu. Ini kalau saja-saja nak minta dengan orang, memang takkan dapat der. Cukup duit belanja makan seminggu.

Gambar pemenang utama TV LED 42 inci
Gambar pemenang utama TV LED 42 inci

Info mengenai Syarikat Pran

Okay, bagi yang masih tertanya-tanya tentang syarikat pengeluar jus mangga Pran ini, meh aku terangkan serba sedikit tentang latar belakang mereka.

pran-logo

Syarikat Pran merupakan sebuah syarikat yang berasal dari Bangladesh dan ia telah beroperasi sejak tahun 1981. Pada asalnya ia merupakan sebuah syarikat memproses buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kemudian syarikat ini lama-kelamaan telah berkembang dengan pesat sekaligus menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara mereka.

Kini, jenama “Pran” merupakan salah satu daripada puluhan jenama makanan dan minuman yang paling dikagumi di kalangan rakyat Bangladesh. Malah turut membanggakan, kesemua produk Pran yang dihasilkan mempunyai standard antarabangsa dalam mengekalkan kualiti yang tinggi dalam setiap peringkat proses pengeluaran.

Hingga saat ini Pran telah mengeluarkan lebih 200 produk makanan dibawah 10 kategori yang berbeza seperti jus minuman, air mineral, minuman berkarbonat, makanan ringan, rempah-ratus, biskut, coklat tenusu dan pelbagai lagi. *Rujuk laman web rasmi mereka di www.pranfoods.net

Minuman keluaran pran
Produk keluaran pran

Yang paling penting, mereka juga telah mula memasuki pasaran tempatan dan merupakan diantara syarikat yang telah menerima pengiktirafan ISO 9001 dan juga pemegang sijil Halal.

Okay. Faham kan? Mudah je tu.

Haa.. Jadi, disebabkan produk Pran masih baru didalam pasaran Malaysia, maka untuk mendapatkan produk-produk keluaran jenama ini ianya agak sedikit terbatas. Untuk pengetahuan semua, buat masa sekarang hanya beberapa pasaraya terkemuka yang memasarkan produk Pran dimana pasarayapasaraya tersebut adalah TESCO, AEON Big, Presto, SegiFresh dan Pasar Raya HERO.

Insha Allah, dalam sedikit masa lagi penjualan produk-produk Pran akan diluaskan melalui rangkaian-rangkaian perniagaan yang lain. Jadi, jika korang tiba-tiba ternampak ada kedai yang menjual produk Pran, jangan lah pelik pula ye. Itu bukan produk cap ayam, tapi produk baek punya.

Hafiz Rahim

Cuba dulu especially jus mangga Pran. Sedap tau, minum sekali pasti nak lagi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

10 Comments

Leave a Reply
  1. Jus mangga PRAN ni memang best…. cuma diharapkan diorang buat pertandingan minum paling cepat pulak untuk promosi yang akan datang…. tak pun insta video mesti boleh dapat hasil kreatif yang lagi gempak kan…

  2. oh..jus mangga. AA tak pernah cuba lagi jus mangga pran ni.setakat ni paling best ialah jenama best.nanti2 kalau jumpa kt pasar raya bole cuba.nampak sedap

  3. selalu jumpa jenama lain tak begitu best. rasa manis gulka jer yang lebih. nak kena cari jenama PRAN ni. harap2 ada kat pasaraya belah2 butterworth ni.

    akak suka minum jus ni masa di tanah suci dulu sebab senang nak lawas. minum malam, pagi2 esuk dah ke tandas. bila perut bersih, angin pun tak ader, mudah nak beribadat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *