Penyambung Legasi Gamers

Khair dengan game smartfon memang sukar dipisahkan. Setiap hari, celik mata.. Mesti smartfon ditangan.

Tetapi kebelakangan ini makin kerap pula dia minta untuk bermain PS3.

Well.. Nak kata apa lagi, dah sah-sah ikut perangai aku. Aku dulu pun suka sangat main game PS. Hinggakan sanggup kumpul duit sekolah semata-mata nak beli PS One.

Cuma.. bila dah masuk alam perkahwinan ni, minat bermain gam tu dah jadi agak slow sikit sebab ada banyak komitmen lain yang perlu diutamakan. Nak main game, tunggu ada waktu terluang.

Khair main game dengan sepupu-sepupunya.

Tapi cerita bab Khair pulak.. Takpe lah kalau dia suka main PS pun.. As long as benda tu boleh tolong asah dan tajamkan lagi motorskill Khair, aku layankan saja.

Cuma, kalau dia nak bermain game. Aku kena monitor betul-betul supaya masa yang diluangkan bermain game tu tak berlebihan. Yelah, game ni kalau main lama-lama boleh mendatangkan kemudaraatan pula kan, betul tak?

So, untuk permulaan ni.. Aku benarkan dia bermain dengan PlayStation under supervision aku. Game pula cukup sekadar jenis fighting games i.e: Street Fighter. Kelebihan bermain game sebegini, supaya dia berfikir dan belajar bagaimana cara untuk control joystick.. Untuk mengawal pergerakan kiri, kanan, tumbuk dan sepak.

Once dia dah pandai control semua tu, barulah boleh bagi dia main game yang lebih advance pula. Hee. 😉

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Lirik Lagu Pejamkan Mata oleh Malique Dan Dayang Nurfaizah

    Lahirnya Baby H Ke Dunia