in

Pentingnya Screen Protector!


Sambungan kisah Sony aku..

Lepas dah sahkan tempered glass je yang pecah, time-time tu jugak aku ajak isteri pergi ke Low Yatt.

Sesudahnya masing-masing siapkan diri, pergi breakfast dulu sekejap..

Kemudian, perjalanan diteruskan ke tempat yang dituju.

Level 1, Plaza Low Yatt. Nama kedai, aku tak tahu.

Tempat jual screen protector murah

Cuma yang pastinya kedai yang aku selalu beli screen protector ini, ianya berdekatan dengan lif dan ada seorang awek melayu yang jaga kaunter.

Screen protector tempered glass Sony M5 dicari.

Dan.. seperti yang aku harapkan, harganya masih lagi kekal murah. Cuma RM18 siap pasang.

Screen Protector Sony Murah

Murah, tapi berkualiti. Itu yang penting.

Kalau bukan kerana aku guna tempered glass murah ni, mungkin sekarang aku tengah garu-garu kepala macam mana nak cari modal untuk tukar skrin handphone.

Tukar skrin handphone bukan murah weh. Paling koman pun RM200-300 tau. Hohoho.

p.s: Khair rasa bersalah sekejap je, lepas je pergi breakfast tadi. Terus hilang rasa bersalah. Grrr..


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

9 Comments

Leave a Reply
  1. Kelemahan smart phone ni touch screen tu mudah pecah bila terjatuh. Wife pakai samsung jatuh habis calar-calar. Nak tukar mahal.

  2. Screen protector tu memang wajib beli.

    Kadang bukan sebab anak pun, sebab diri sendiri jugak. Jalan sambil texting, tersadung batu, tercampak hp. Haruuuu

  3. Takziah huhu, Skrin saya walaupun tak calar tapi bila disentuh lain yang ditekan. Dah macam tak betul dah, nak tukar handphone tapi $_$

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *