Pening Kepala Nak Cari Pengasuh

Satu perkara yang merisaukan mak ayah semua, bila dah isteri habis tempoh cuti bersalin.. anak nak letak mana?

Hoho.. tak lama dah. Tinggal beberapa minggu je lagi. Naik je lepas raya, isteri dah masuk kerja sedangkan kitorang tengah pening lagi nak buat keputusan nak letak Haziq kat mana.

Abang Khair dah tak risau dah sebab dia pergi pre-school. Adik dia ni je haa tak tau apa cerita.

Dah lah kuat berdukung, acap kali sebelum tidur nak kena dodoi dia berdukung. Pandai pilih orang pulak tu. Kadang-kadang je dia nak dengan daddy, ikut mood. Masa lain kebanyakannya dengan ibu dia je.

Adoyai.. mana nak cari tempat ataupun pengasuh yang boleh jaga Haziq ni. Risau pulak. Hmm..

Nota: Kalau boleh prefer untuk hantar pada pengasuh, dan kalau boleh berdekatan dengan rumah kat Seksyen 3 Bandar Baru Bangi ni je. Tak pun yang berdekatan, sebab kalau jauh-jauh susah nak hantar. Aku dah la banyak kena turun site ni. Adehh.. Ada gak jadi full time blogger ni kang.

p.s: Korang ada kenalan-kenalan yang boleh atau jadi pengasuh tak? Recommend please.. please.

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance of the Autobot.

  • 14 Comments

    Leave a Reply
    1. Harus selektif dalam memilih pengasuh,
      syukur-syukur pengasuhnya suka membacakan Al-Qur’an di telinga si baby,,

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Tiba Giliran Tukar Brake Pad Belakang Vios

    Berbuka Puasa Dengan Buffet Ramadan Di Forest City Phoenix Hotel