One thing I hate the most bilamana buat online transaction (instant transfer) ke mana-mana akaun bank yang berlainan apabila dikenakan caj RM0.50. Tak kira la berapa nilai yang korang nak transfer, dan pada siapa korang transfer.. mesti bank akan kenakan caj tu jugak. Bila ditanya.. Service fee katanya.
Tapi, melalui satu satu berita gembira yang diumumkan oleh Bank Negara di Payments Forum & Exhibition 2017 hari ini bilamana bermula 1 Julai 2018 akan datang, caj RM0.50 yang dikenakan pada mana-mana transaksi instant transfer (dibawah nilai RM5,000) akan dihentikan. Yeay!
Langkah ini diambil oleh pihak Bank Negara kerana ingin menggalakkan lagi pengguna dalam melakukan transaksi secara online sekaligus membolehkan arena kewangan digital dan e-commerce berkembang dengan lebih pesat lagi.
Ya lah, no point juga kalau semua teknologi di hujung jari. Tapi bila mengenangkan fee yang bakal dikenakan, terus niat tu jadi terbantut.. Kalau 10 kali transaksi (RM0.50 x 10=RM5.00), tak ke dah boleh cover duit makan breakfast roti canai? Hehehe.
p.s: Tapi kenapa nak kena tunggu Julai? Terus laksana Januari 2018 kan bagus. Betul tak?
Sumber: thesundaily
oleh sebab aku jarang sangat guna instant transfer.
so, tak terasa sangat.
ofkos, its better kalau tak kena caj dah.
ok noted baru ku tahu..tp why julai lambat lagi haha