Sekadar perkongsian dan peringatan kepada rakan-rakan blogger yang lain. Jangan disebabkan terlalu mengejar trafik, kita akan menjadi target yang seterusnya.
Selepas berita mengenai pengendali laman web Syok.org yang ditahan sekitar bulan Mac lalu diatas kesalahan melanggar Akta Hak Cipta 1987, kini sekali lagi penahanan yang sama dilakukan terhadap pengendali laman web popular Jiwang.org.
Penahanan suspek yang bertempat di Kota Bharu dilakukan oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Multimedia (SKMM) dan Komunikasi Malaysia, CyberSecurity Malaysia, Malaysia Industri Skrin (MSI) dan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Ekoran penahanan tesebut, sekiranya suspek didapati bersalah, denda sebanyak RM2000 hingga RM20000 akan dikenakan bagi setiap salinan dan denda sebanyak RM4000 hingga RM40,000 pula akan dikenakan untuk setiap salinan bagi kesalahan yang seterusnya.
sumber: Laman MPA
p/s: Sudah tiba masanya pengendali laman web lain berhati-hati dengan content yang mereka gunakan.
memang kena sentiasa hati-hatikan. elok2 jadi sumber pendapatan, dalam sekelip mata hilang semuanya. pheww~ seram lak rasanya.
banyak yang dah buat. tapi masih ada gak yang dok promosi link download sana-sini. Aku tak kesah kalau orang lelaki yang buat. Tapi ada gak budak-budak perempuan dan makcik-makcik ni dok giat promosi gak. Kang kena tangkap..memamng confirm menangis punya..
Rasanya diorang tak aware kot benda camni..kena alert ckit..huuu
Mencegah itu lebih baik…Kene sentiasa beringat…
Hehe..bahaya-bahaya..kena lebih berhati-hati lepas ni..hehe..
Nampaknya kerajaan giat memantau… satu transformasi yang baik…
terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulisan … sendiri lah jawab
nampaknya, apa yg org tanya2 dah terjawab…
ambe harap, mana2 blogger yg ada letak link download kat blog masing2 tu, baik remove cepat2…kang tak pasal2 menangis teratai layu di tasik madu
den dah buang dah masa syok.org kena tahan.. takut jugak sebenarnya
sejak syok.org kena tahan tu, DT terus buang segala link untuk download.. takut. heee
Sy pun nak kena check balik ni..ada yang patut kena buang tu
perghhh mahal tu denda setiap satu darab sume memg tak terbayar.
Boleh muflis terus bro
peringatan untuk pengendali2 laman web2 yg lain juga..
ahaaaa… tu laaaa… lepas ni yang share video2 cerita tv pulak.. kena jaga2
Aku punya pun ada yang nak kena remove..huhu
apa kes dia orang kena ni ha aku macam tak perasan
Link download movie bro
aku tak berapa faham lah bro.. dia kena tahan sebab apa ye??
Akta hak cipta terpelihara..link download movie haram
Sediakan payung sebelum hujan
Jiwang nie memang sangat evergreen dalam dunia hiburan alternatif….hehehehe
kita semua kene lebih berhati hati lepas nih kan…
nak kesian pon tak tau kesian tang mana..dah tau benda salah, duk buat salah lagi..ish 🙂