Berkongsi info.. Rasanya ramai yang tak aware tentang perkara ini. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang jarang membuat semakan caruman KWSP sama ada melalui online ataupun di kaunter.
Beberapa hari yang lalu aku ada menerima satu mesej daripada group WhatsApp KBBA yang tertulis begini:
Daftar Haji..
Ramai yang agak keberatan untuk buat. Sebabnya nilai RM1300, yang perlu ada dalam akaun Tabung Haji, bagi membolehkan seseorang itu mendaftar untuk menunaikan haji, agak tinggi bagi sesetengah orang. Kerana apabila wang RM1300 ini didepositkan, ia perlu sentiasa kekal di dalam akaun dan tidak boleh dikeluarkan sehinggalah tibanya giliran untuk menunaikan haji. Dan jikalau ingin mengeluarkannya juga, pendaftaran untuk menunaikan haji perlu dibatalkan dan perlu mendaftar semula. Dengan kata lain, akan diberi giliran baru, yang tentunya memakan masa yang lebih lama. Apabila niat untuk mendaftar haji sentiasa tertangguh, kesan besarnya adalah tahun yang diperuntukkan untuk giliran menunaikan haji semakin lama, sehingga mencecah seratus tahun.
Tapi, ada cara yang lebih mudah tanpa perlu mendepositkan wang RM1300. Anda tidak perlu mendepositkan sesen pun ke dalam akaun Tabung Haji. Caranya adalah menggunakan penyata KWSP. Dengan syarat akaun 1 KWSP anda perlu mempunyai simpanan minima sebanyak RM1300. Bawa penyata tersebut ke Tabung Haji dan anda akan didaftarkan terus untuk menunaikan haji. Tanpa perlu mendepositkan sesen pun. Menariknya, ramai yang tidak tahu kaedah ini.
Dari : Hj Mohd Lutfi (TH)
Aduhai.. Terasa rugi pula bila dapat tahu betapa mudahnya untuk membuat pendaftaran haji. Kalau sebelum ini aku ingatkan pendaftaran haji agak susah kerana ia memerlukan seseorang itu mempunyai cash sebanyak RM1,300 baru diterima pendaftarannya, tetapi kini caruman KWSP memudahkan segalanya.
Caruman daripada akaun 1 digunakan bagi tujuan tersebut, dengan syarat anda perlu menghadirkan diri ke mana-mana cawangan Lembaga Tabung Haji, Bank Rakyat dan Bank Islam yang terdekat bersama-sama MyKad beserta Penyata ahli KWSP.
Bukan itu sahaja, jika anda merupakan insan yang telah terpilih untuk menunaikan ibadah haji di masa akan datang.. caruman dari akaun 2 juga boleh dikeluarkan bagi tujuan menampung perbelanjaan asas.
Ye lah, perbelanjaan untuk menunaikan haji bukannya sikit, mencecah belasan ribu ringgit. Bergantung kepada keperluan dan situasi semasa. Mudah. Segalanya semakin mudah kan?
So, rasanya benda baik macam ni tak elok ditangguhkan lama-lama. Dalam sehari dua ni mungkin aku akan daftarkan nama aku dan isteri pula. Korang? Tak nak daftar?
Untuk maklumat lanjut mengenai pengeluaran KWSP ini boleh rujuk kepada Pendaftaran haji ahli KWSP.
p/s: Daftar lambat nanti giliran pun lambat.
masa daftar dulu takde sistem macam ni, semakin hari semakin ramai mendatar, tapi kuota haji sama atau kalau bertambah pun sikit-sikit je. mesti cepat daftar. ada pengalaman kawan 2~3 tahun lepas daftar, gilirannya nanti masa umur 80 tahun.
Umur 80 tahun? gulp.. lamanya. hohoho
Terima kasih bro… selama ni memang tak tahu langsung, nasib baik kamu info kat blog kamu. Terima kasih di atas info ini. Semoga ramai yang mula mendaftar nanti. Taklah penat-penat cari RM1300 untuk mendaftar.
2-3 tahun lepas daftar haji…lebih kurang tahun 2043-2044 dapat pi buat haji kalau dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki….lama jgk tu sbb dekat-dekat umur 60 tahun…..
Aku pun nak mendaftar gak…
wah baru ku tahu..tq share
Baru tahu pasal benda ni..agaknya ia masih baru kot..
Thanks bro..
Taklah baru sangat bro. Dalam 2 tahun dah kalau tak silap.
x tahan menunggu lamo mcm tu….impian i nk pegi haji masa muda..Amiin
baru tahu jugak aku sebenarnya pasal ni
aku tengah tunggu wife balik dari pantang di kg pastu nak daftar
Baru terasa nk buat esok..;-) selama ni terlepas pandang