Kelmarin kali ke-3 sumber air kat kawasan Hulu Langat dicemari dengan bau. Membuatkan pihak Air Selangor menutup operasi loji rawatan air Sungai Semenyih secara serta merta. Siapa yang tak alert news, memang merana.
Tapi kalau tahu awal dan berjimat menggunakan air simpanan bukanlah kata akan terselamat. Masih merana, cumanya nak jadi merana tu tak adalah secepat mereka yang dah awal-awal kehabisan air.
Malam semalam, selepas 2 hari tak ada air.. adalah pengalaman pertama seumur hidup aku mengangkut air. Pengalaman pertama untuk Khair jugak. Yela.. sebelum ni masing-masing selesa semua benda tak ada masalah.. tapi bilamana air dah habis, nak tak nak terpaksa kerah tenaga empat kerat untuk cari dan angkut sumber air tambahan. Bukan untuk orang lain.. Untuk kegunaan sendiri jugak. Hohoho.
Tapi mujurlah, lepas dah berpeluh-peluh angkut air dari tanker Air Selangor.. kakak sulong ada whatsapp. Katanya rumah dia tak ada masalah air. Mungkin disebabkan rumah dia guna saluran air dari negeri jiran yang membuatkan dia tak terputus bekalan air. Jarak rumah? Tak jauh mana.. boleh lah nak ulang alik setiap hari tanpa rasa penat. Syukur, jadi penyelamat.
So lepas ni tak runsing sangat dah. Kalau air tak ada, serbu rumah kakak terus je. Heee.
Semoga esok dapat. La air.yg sempurna