in

Pengalaman Pertama Kali Naik MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang


Dua minggu terperap di rumah gara-gara sakit mata. Hari ini lepas angin ajak wife dan anak-anak naik MRT.

Actually keinginan nak merasa naik MRT ini wujud dari hari pertama ia dilancarkan lagi dah, tapi keinginan itu ditahan sehingga mata betul-betul sembuh.

Destinasi yang dituju menaiki MRT hari ini adalah Bukit Bintang. Disebabkan rumah aku terletak di Bandar Baru Bangi, maka stesen yang terdekat adalah stesen Kajang; iaitu stesen permulaan/penghujung untuk laluan MRT Kajang-Sungai Buloh.

First impression apabila tiba di stesen ini, aku agak impress kerana pengguna disediakan parking lot yang agak banyak (parking bertingkat, teduh) dan kadar maksima parking kereta pula hanya RM5.30 (GST 6% included).

Harga tambang dari Kajang ke Bukit Bintang pula adalah RM2.10 untuk sehala (harga selepas tawaran diskaun 50% yang dikhabarkan sehingga 31 Ogos 2017 ini), kiranya dari segi penjimatan, bila dibandingkan dengan pemanduan sendiri ke tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ini, sememangnya menaiki MRT lebih menjimatkan.

Kiraan kasar untuk dua orang dewasa bagi dua hala baru mencecah RM8.40. Cuma selepas tamat tempoh diskaun 50% nanti harga akan berubah menjadi RM16.80 – which is bagi aku masih lagi quite cheap sebab kalau drive sendiri sekalipun, campur tolak caj tol, kos minyak dan parking segala bagai pun dah berapa. Mungkin lebih daripada tambang MRT.

Dari segi kemudahan yang disediakan pula, banyak benda yang better jika dibandingkan dengan LRT dan KTM, seperti; coach lebih lebar, ada safety barrier di tempat menunggu tren sampai, setiap stesen di sediakan tandas dan surau yang selesa (masa balik sempat kitorang R&R kat Stesen Taman Mutiara sebab Khair sakit perut), dan paling best.. time arrival untuk setiap tren adalah on time. Sela masa antara setiap tren adalah lebih kurang 7 minit.

Safety barrier, keselamatan penumpang diutamakan. Thumbs up.

Perjalanan kitorang dari Kajang ke Bukit Bintang tak mengambil masa yang lama, anggaran masa 35 minit untuk kami tiba ke destinasi dituju – lebih kurang kalau memandu kereta ketika jalan tak sesak.

Dan of course ketika melalui laluan bawah tanah, sempat juga aku buat speed test coverage Digi di 4 buah stesen; stesen Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange dan Bukit Bintang. End result? Semua out meter.

Dari bawah ke atas: Stesen MRT Maluri, Cochrane, Tun Razak Exchange kemudian Bukit Bintang.

Kagum kejap, ingatkan bawah tanah coverage tak elok. Hoho

Jalan keluar dari stesen Bukit Bintang disediakan beberapa exit point, dan sekiranya korang pilih untuk keluar melalui pintu E – Jalan Bukit Bintang, ianya akan membawa korang betul-betul ke depan pintu masuk Zara, Lot 10.

Dari situ kalau korang nak menapak ke Pavillion, Plaza Lowyat, Fahrenheit88 ataupun Sungei Wang Plaza, kira dekat sangat dah tu. Even peluh nak keluar pun segan-segan.

Secara keseluruhannya, pengalaman menaiki MRT hari ini adalah good experience untuk kitorang. Tak keterlaluan juga bila dikata, MRT antara public transport terbaik yang pernah kitorang guna di Malaysia.

Orang yang paling excited nak naik MRT

Korang dah cuba?

p.s: Sempat bertanya pada seorang kakak yang baru balik shopping di IKEA. Katanya kalau naik MRT nak ke IKEA Cheras, boleh turun di stesen Cochrane. Keluar je dari stesen MRT Cochrane, jalan sikit dah boleh nampak terus pintu masuk IKEA. Dalam hati.. Okay, next time boleh pergi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *