Pengalaman Pertama Cabut Gigi Khair


“Nak aiskrim kena cabut dulu gigi.” Itu ayat aku pada Khair. Kejam tak? Hahaha.

Actually, gigi Khair yang bawah dah lama goyang. Tapi malam tadi bila tengok dia tunjuk, dah kritikal benar goyangnya. Rasanya kalau jentik pun boleh tercabut dah gigi tu.

Nak elakkan daripada gigi tu tercabut masa dia tidur ataupun tertelan ke, terus aku bagi syarat.

Macam ayat kat atas tu la.

“Nak makan aiskrim, bagi daddy cabut dulu gigi tu (sebab daddy dah masak sangat dengan perangai dia, dengan aiskrim memang dia kalah.. Hahaha).”

Tawaran kali pertama masa bagi ayat tu kat kedai makan, nampak dia takut-takut lagi nak kata setuju. Katanya takut sakit.

Percubaan kedua untuk bagi tawaran yang sama bilamana kitorang dah balik dari kedai dan nak sampai rumah, aku pressure dia lagi sekali.

“Kita nak sampai rumah dah ni.. abang Khair nak aiskrim tak? Kalau nak.. meh nak cabut gigi dulu. Kalau dah sampai rumah nanti, aiskrim dah tak ada. Kedai dah tutup.”

Walhal memang dah berniat nak singgah masuk kedai sebelum sampai rumah sebab nak beli pampers Haziq. Hahaha.

Khair punya terdesak nak aiskrim lalu setuju. Walaupun ada la beberapa kali daddy kena bagi ayat-ayat pujuk sebelum sampai kedai.. daddy kata,

“Daddy pandai cabut gigi. Kalau daddy tarik tak rasa apa-apa pun.”

Hahaha.. punya la beria daddy nak cabut gigi Khair. Macam-macam ayat keluar. Paling best, pujukan kali terakhir..

“Okay, dah sampai kedai. Kalau abang Khair cabut gigi, daddy bagi 2 aiskrim.”

Keh keh keh.

Khair antara setuju ikhlas dan terpaksa.. lalu datang duduk tepi daddy serah diri..

“1..2..3..”

Gigi kecil cenonet dalam genggaman. Mulanya dia meraung jugak la sekejap. Tapi bila ditanya.. sakit ke?

Terus dia jawab, tak sakit.

Adoyai.. Drama betul. Hahaha.

Sampai rumah, posing dengan gigi untuk kenangan. Hehehe


3 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini