in

Pengalaman Naik Awana SkyWay Genting Highlands


Last naik genting masa Khair umur beberapa bulan. Berbeza sangat waktu kitorang pergi minggu lepas. Jejakkan kaki ke kawasan First World Hotel, rasa macam terlebih kagum bilamana dah tak nampak rupa Genting Highlands yang dulu.

Dengan skrin yang bagak besar. Tambah pulak dengan binaan yang nampak lebih modern compare dengan yang dulu. Serius, rasa macam berada kat luar negara. Sesuai dengan suhu yang sejuk-sejuk tu kan. Tak payah naik flight dah sampai tempat beriklim sejuk. Keh keh keh.

Actually, kitorang pergi sana tempoh hari sebab nak naik cable car. Bukan cable car yang lama tu, tapi yang baru.. dinamakan Awana SkyWay.

Ikutkan plan puan isteri dah ajak lama dah. Cuma masa je yang tak sesuai. Hehehe.

So, bila pergi minggu lepas kira dah tunai janji dengan dia sekaligus dapat kenal Genting Premium Outlet yang baru dibuka.

Kitorang park kat dalam First World Hotel, menapak sekejap ke kedai makan sebelum bergerak ke tempat yang dituju.

Awana SkyWay di SkyAvenue Station

Kaunter untuk beli tiket berada di aras 4, SkyAvenue tu sendiri. Yang menariknya, kat sini diorang dah get ready siap-siap untuk peak season.. so kalau korang tak nak beratur di kaunter, boleh beli direct daripada kiosk layan diri.

Harga bagi seorang dewasa untuk menaiki cable car Awana SkyWay atau dipanggil gondola ini murah je, RM8 per person. Dan harga itu adalah untuk standard gondola. Kalau nak yang lantai kaca, RM35 per person (special untuk mereka yang menikmati pemandangan flora kat bawah gondola).

So far, dari segi perbezaan feel menaiki Awana SkyWay ni sama je dengan cable car yang lama. Cuma, dari segi fasiliti.. Awana SkyWay menyediakan kemudahan yang lebih banyak dan terkini.

See.. dalam gondola pun ada USB port. Mungkin persediaan untuk kecemasan kalau bateri habis masa terkandas (tergantung) kat atas tu kot. Hahaha.

By the way, sepanjang perjalanan gondola Awana SkyWay ni ada 1 stesen pengantara, iaitu Chin Wee Station (Chin Swee Cave Temple). So, kalau korang dalam perjalanan turun dari Genting Highland, kira ada option la nak terus turun ke GPO atau nak pusing-pusing dulu area temple tu.

Yeay! Sampai di GPO

Tapi.. Next time maybe aku tak nak purposedly naik park kereta kat puncak Genting Highland lagi kot. Cukup setakat naik sampai GPO je. Lepas tu kalau nak naik ronda-ronda kat atas baru naik gondola sampai atas sana.. jimat minyak. Hee

Dalam perjalanan menaiki Awana SkyWay korang akan melalui tapak pembinaan outdoor theme park Genting Highlands yang buat masa sekarang masih dalam pembinaan. Besar wei!

Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply
  1. Baru-baru nie naik Genting, terkejut tgk cas parking yang dikenakan T-T jika sebelum nie, rasa macam murah (pernah rasa parking free sebelum nie).

    Tapi bila tengok harga Awana SkyWay.. Ok xpe la.. parking atas terus je la hahahah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *