in ,

Pengalaman Menarik Di The Sky, One City Mall


Wah.. pertama kali datang The Sky, best rupanya. Ingatkan sekadar tempat makan biasa-biasa je. Tapi rupa-rupanya bukan, aku silap. The Sky adalah satu tempat yang menyediakan kawasan makan di atas bumbung bangunan yang terbesar di Malaysia.

One City Mall USJ

Restoran, lounge, live band semua ada. Yang paling seronok, ada ruang makan outdoor. Boleh duduk makan sambil layan perasaan melihat view-view yang cantik dari roof top One City Mall. Anginnya sepoi-sepoi bahasa. Jika ada yang datang selepas waktu kerja, pasti boleh hilang stress.

Sky Park The Sky Hafiz Rahim
Siapa nak join lepak?

Untuk makluman, di The Sky One City Mall kadang-kadang pengunjung yang datang bukan setakat datang untuk makan-makan dan lepak-lepak saja, tetapi ada juga yang menyewa restoran-restoran kegemaran mereka untuk buat private event. Sebagai contohnya, majlis kahwin, annual dinner dan sebagainya.. memang sesuai sangat.

Tak dilupakan juga, ditengah-tengah kawasan The Sky ini terdapat dua kawasan lantai kaca (Sky Walk). Lantai kaca ini boleh kita jalan-jalan diatasnya, dan jika ada diantara anda yang see through the glass.. boleh nampak ground floor dibawah sana. Fuhh.. gayat. Bagi sesiapa yang takutkan ketinggian, agaknya boleh ketar lutut. Ya lah, dari tingkat 10 tu.. mau tak gayat. Hohoho.

Sky Walk The Sky

Hafiz Rahim Sky Park

Owh ya, dan semalam bersempena dengan grand opening The Sky, aku bersama dengan rakan-rakan blogger dan media yang lain dijemput hadir untuk celebrate dan makan-makan di sebuah restoran Thai. Restoran ini yang dinamakan Khrua Thai, makanannya sedap-sedap dan fresh belaka. Apa kata korang enjoy dulu gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.

Makan-makan

Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai
Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Petite Nasi Lemak by Khrua Thai
Petite Nasi Lemak by Khrua Thai
Momiji Sashimi by Inaho Sushi
Momiji Sashimi by Inaho Sushi
Yakitori Moriawase by Inaho Sushi
Yakitori Moriawase by Inaho Sushi
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse
Seafood Tom Yam by Khrua Thai
Seafood Tom Yam by Khrua Thai
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom
Wild Mint Temptation by The Voice
Wild Mint Temptation by The Voice

The Sky Signature dish

Grand opening The Sky

The Sky Grand Opening

The Sky USJ Grand Opening

By the way, semua makanan yang dijamu kepada kami di restoran Khrua Thai bukannya dimasak oleh restoran itu saja. Ia termasuk juga dengan signature dish daripada restoran-restoran yang berada dibawah rangkaian pengurusan The Sky. Nyum..nyum. Aku bagi 5 bintang.

Rangkaian restoran di The Sky:

  • Inaho Sushi – Restoran Jepun – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • Khrua Thai – Masakan Thai – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • Hong Dae Mun – Masakan Korea – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 1.00 pagi.
  • De House – Western style – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
  • The Voice – Ruang istirehat yang disertakan dengan live band – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 3.00 pagi.

Official Facebook fanpage: facebook.com/theskymy

Nota: Malam-malam tempat ni happening sikit la sebab kalau malam view lagi cantik. 😉


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

12 Comments

Leave a Reply
  1. Owwhhh….. baru bukak lagi yea….The Sky nie…. tempat yang sesuai bagi orang nak elakkan crowd yang ramai.Kat situ ada panggung wayang yang menarik gak

Leave a Reply to hafiz hafizol Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *