Wah.. pertama kali datang The Sky, best rupanya. Ingatkan sekadar tempat makan biasa-biasa je. Tapi rupa-rupanya bukan, aku silap. The Sky adalah satu tempat yang menyediakan kawasan makan di atas bumbung bangunan yang terbesar di Malaysia.
Restoran, lounge, live band semua ada. Yang paling seronok, ada ruang makan outdoor. Boleh duduk makan sambil layan perasaan melihat view-view yang cantik dari roof top One City Mall. Anginnya sepoi-sepoi bahasa. Jika ada yang datang selepas waktu kerja, pasti boleh hilang stress.
Untuk makluman, di The Sky One City Mall kadang-kadang pengunjung yang datang bukan setakat datang untuk makan-makan dan lepak-lepak saja, tetapi ada juga yang menyewa restoran-restoran kegemaran mereka untuk buat private event. Sebagai contohnya, majlis kahwin, annual dinner dan sebagainya.. memang sesuai sangat.
Tak dilupakan juga, ditengah-tengah kawasan The Sky ini terdapat dua kawasan lantai kaca (Sky Walk). Lantai kaca ini boleh kita jalan-jalan diatasnya, dan jika ada diantara anda yang see through the glass.. boleh nampak ground floor dibawah sana. Fuhh.. gayat. Bagi sesiapa yang takutkan ketinggian, agaknya boleh ketar lutut. Ya lah, dari tingkat 10 tu.. mau tak gayat. Hohoho.
Owh ya, dan semalam bersempena dengan grand opening The Sky, aku bersama dengan rakan-rakan blogger dan media yang lain dijemput hadir untuk celebrate dan makan-makan di sebuah restoran Thai. Restoran ini yang dinamakan Khrua Thai, makanannya sedap-sedap dan fresh belaka. Apa kata korang enjoy dulu gambar-gambar yang sempat aku rakamkan.
Makan-makan
Grand opening The Sky
By the way, semua makanan yang dijamu kepada kami di restoran Khrua Thai bukannya dimasak oleh restoran itu saja. Ia termasuk juga dengan signature dish daripada restoran-restoran yang berada dibawah rangkaian pengurusan The Sky. Nyum..nyum. Aku bagi 5 bintang.
Rangkaian restoran di The Sky:
- Inaho Sushi – Restoran Jepun – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
- Khrua Thai – Masakan Thai – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
- Hong Dae Mun – Masakan Korea – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 1.00 pagi.
- De House – Western style – Dibuka dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam.
- The Voice – Ruang istirehat yang disertakan dengan live band – Dibuka dari jam 3.00 petang sehingga 3.00 pagi.
Official Facebook fanpage: facebook.com/theskymy
Nota: Malam-malam tempat ni happening sikit la sebab kalau malam view lagi cantik. 😉
kalau orang perempuan nak ke lantai sky mall, kena elakkan pakai skirt 🙂
Hahaha. Betul tu bro. Pakai skirt nanti nampak tuttt. 😛
tak gayat ke bro duk atas tue..hahaha
Tak sangka ada banyak makanan yang lazat dekat The Sky yer.. tentu best. . Sambil makan boleh menikmati keindahan KL..
Menarik ni bro. Saya hanya lalu setiap hari pergi kerja tapi tak pergi lagi.. Insyallah nanti kena pergi ni..:-)
boleh cuba ni, selalunya lalu je one city mall ni bila nak g subang jaya.
Owwhhh….. baru bukak lagi yea….The Sky nie…. tempat yang sesuai bagi orang nak elakkan crowd yang ramai.Kat situ ada panggung wayang yang menarik gak
best gile tempat ni..makanan pun best..wohh
banyak shopping mall skrng… pi mane2 pun ade shopping mall
okeh.
yakitori tu nampak sedap wehh.
simpan sikit untuk gua.
Viewnya amazing.
Cantiknya view dia… / / /