in

Pengalaman Makan Seafood Di Senibong Village


Senibong antara salah satu lagi tempat wajib singgah kalau pergi ke Johor. Disini beraneka makanan yang berasaskan seafood boleh didapati. Tak ketinggalan untuk menjamu selera ketika family trip ke Legoland kelmarin, pada waktu malamnya kitorang bergerak menuju ke syurga seafood Johor ini.

Jarak perjalanan dalam anggaran masa 20 minit+ daripada homestay yang terletak berdekatan Legoland, kitorang tiba di lokasi lebih kurang pada jam 8.45 malam. Boleh dikatakan waktu ini adalah waktu yang paling ideal untuk menikmati makan malam.

Di Senibong, jika korang melihat deretan kedai yang menjual ikan-ikan seperti di pasar basah, jangan terkejut pula ya. Kerana inilah situasi sebenar apabila pengunjung datang ke sini.

Seusai memilih salah satu kedai yang ada disitu (pilihan kitorang Anjung Senibong Seafood), seterusnya pilihan jenis-jenis seafood pula diteruskan.

Lobster.. king crab.. udang galah bersaiz gergasi.. ketam.. udang.. Wahh, jujurnya kalau boleh nak ambil semua sekali. Cuma, takut nanti tak termampu nak bayar. Hahaha.

Tengok saja.. jangan angkat. Patah kena bayar. Hahaha

Well.. apa-apapun pengalaman menjamu selera disini sememangnya sesuatu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Yeay.. makan!

Disamping dapat menikmati hidangan yang sedap dan segar, dapat juga kitorang menikmati angin malam tepi pantai yang sepoi-sepoi bahasa.

p.s: Pernah sekali merasa makan lobster, tapi kurang sedap. Aku lebih suka udang, lebih manis isinya.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *