Throwback cuti sekolah yang lalu, Khair ada ikut atuk dan nenek dia ke Langkawi. Daddy dan ibu tak dapat follow sebab ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Diorang pergi hari sabtu, balik hari isnin.
Sepanjang ketiadaan dia di rumah selama 3 hari, boleh kata memang sunyi sepi suasana dalam rumah. Cuma kadang kala terjerit terlolong ketika mana Haziq mula beraksi. Hahaha.
Jalan-jalan di UnderWater World Langkawi
Alkisahnya.. entri ini nak kongsi cerita pasal percutian mereka di Langkawi. Actually kalau nak sampaikan feel bercuti kat sana memang mustahil sebab aku tak pergi, tapi memandangkan diorang ada jejakkan kaki ke UnderWater World, aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi cerita tentang perjalanan percutian diorang masa semasa berkunjung kesana.
Tengahari mereka tiba di UnderWater World Langkawi untuk mula menerokai dunia dalam air. Seperti mana yang orang tahu, tempat ini dipenuhi dengan pelbagai spesis hidupan laut.
Sebagai seorang yang suka hidupan macam ni, kakak aku cerita Khair bukan main excited lagi sepanjang dia berada disana.
Dapat tengok ikan kerapu besar, penyu albino besar, ketam besar, anjing laut..
Yang paling lucu sampaikan dia sendiri berulangkali bercerita pada aku dan ibu dia bila dah pulang ke Bangi.. iaitu cerita dia “disukai” burung penguin.
Katanya, penguin asyik ikut je kemana dia pergi. Eventhough penguin tu duduk dalam sangkar cermin yang besar, dia takut-takut juga sebenarnya. Khair.. Khair.. Hahaha
Selain daripada hidupan laut, terdapat juga hidupan lain dan aktiviti e-learning untuk kanak-kanak yang berkunjung.
Tak kurang juga, aktiviti fun and leisure dimana ada satu tempat tu membolehkan kanak-kanak ambil gambar dengan wajah yang ditransformasikan menjadi haiwan.
Apa-apa pun, melalui pengalaman yang dikongsi ceritakan oleh kakak dan adik aku, boleh nampak kanak-kanak sebaya Khair sukakan tempat sebegini. Rata-rata daripada mereka memang excited bila dapat melihat hidupan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini.
Harga tiket pun tak mahal mana, cuma RM36 untuk dewasa dan RM26 untuk kanak-kanak. Nak lagi berbaloi untuk setiap tiket yang korang beli, pastikan korang berada di dalam UnderWater World Langkawi pada anggaran waktu 10.45 pagi hingga 11.15pagi, ataupun 2.30 petang hingga 3.30 petang.
Sebab waktu-waktu yang aku highlightkan ini adalah waktu untuk “Feeding Time” hidupan-hidupan laut disana. 🙂
Tempat ni sangat sesuai untuk dikunjungi bersama kanak-kanak