Pengalaman Join Beyblade Battle


Pertama kali bawa Khair masuk Beyblade Battle. Nampak macam mudah, tapi sebenarnya tak semudah yang disangka. Pertandingan yang aku sangkakan tak perlukan skill, tapi sebenarnya lebih daripada skill yang diperlukan; taktik untuk battle serta kawalan emosi juga penting.

Buat Khair yang tak pernah ada pengalaman masuk Beyblade Battle ni,awal-awal lagi dah kalah dalam pusingan saringan dengan kiraan mata 3-1. Kalah bukan sebab pakai Beyblade jenis bootleg yang tak power, tapi sebab masa dia battle.. dia kelam kabut semacam. So bilamana dia dah kelam kabut, nak putar Beyblade tu pun dah tak berapa betul. Terlebih kuat la sampai keluar stadium la, Beyblade burst la.. Boleh nampak dia nervous semacam. Hohoho.

Lepas kalah dalam peringkat saringan, belum lagi dikira kalah mati. Tapi Khair kena pulak lawan dalam group yang kalah. Dalam group tu nak dijadikan cerita, nasib kurang menyebelahi dia apabila kena lawan dengan sepupu sendiri yang berumur 2 tahun lebih tua. Dan sepupu dia tu pulak dah ada pengalaman masuk battle.

3 round secara keseluruhannya kena berentap dengan sepupu sendiri dimana untuk first round dia kalah. Second round dia menang. Lepas tu untuk third round aka pusingan penentuan, dia kalah balik. So, muktamad lah kalah dia dengan mata kiraan 2-1. Hohoho.

Takpe la.. kalah menang tak penting. Dari awal-awal lagi sebelum hari pertandingan aku dah pesan supaya jangan fikir nak menang sangat. Aku cakap kat dia, kalah pun tak apa. Janji dapat belajar dari pengalaman. Nasib baik dia faham. Kalau tak berair jugak mata tu macam kalah Taekwondo tempoh hari. Hahaha.

By the way, overall untuk Beyblade Battle ni okay la untuk bagi exposure pada Khair. Next time kalau ada lagi pertandingan Beyblade ni boleh je aku bawak dia sebab dia pun suka.

Cuma nak kena make sure pengurusan yang handle battle tu okay. Sebab battle yang Khair join ni pengurusannya ke laut. Banyak buat last minute decision. Macam sepupu Khair tu patutnya dijanjikan hadiah sebab dapat top 16, tapi end up balik tangan kosong. Tukar jadi top 8 je. Hampeh betul.


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini

CommentLuv badge