in

Pengalaman Guna GoPro Hero 7 Black


Dah nak masuk setahun dah wei.. baru hari ni nak cerita aku beli GoPro Hero 7 Black. Hahaha. Cuba teka aku beli bila? Bulan Januari tu haa.. to be precise, 5hb Januari 2019. Lama kan. Tempoh waranti pun dah nak tamat dah.

Actually, asbab aku beli GoPro Hero 7 Black ni bukan untuk meriak. Tapi korang faham lah kan, kerja-kerja blog ni kalau tanpa gambar yang cantik, tanpa video yang cun.. orang bukan nak tengok pun. Pendek kata untuk improve kualiti hasil kerja blog aku. Walaupun blog sekadar penulisan peribadi, banyak gak jadi rujukan orang. Dan bila gambar dan video cantik, orang puji.. terasa puas hati. Hohoho.

By the way, GoPro Hero 7 Black ni aku beli masa market tengah hot. So dengan erti kata lain, mahal sikit la harganya pada waktu tu. RM1850 untuk set GoPro yang dilengkapi memori kad, 3-way monopod (yang boleh jadi tripod) dan tempered glass.

Overall, selepas penggunaan selama 9 bulan setakat ni.. boleh kata aku puas hati dengan performance GoPro Hero 7 Black ni. Ia kecil, padat dan tahan lasak.

Setakat kena air hujan masa bercuti di Lost World of Tambun hari tu pun senyum je.

Cuma aku ralat sikit bab bateri. Nak kena standby lebih daripada 1. Sebabnya, untuk sebiji bateri GoPro hanya mampu bertahan lebih kurang sejam lebih sikit. Lagi kerap korang rekod video, lagi cepat habis.. terutamanya kalau rekod video menggunakan resolusi yang tinggi seperti 4K.

Antara video yang terawal aku rekod guna GoPro

Dan kemudian baru-baru ni jugak ada lagi satu benda yang aku ralat, bilamana memori kad pulak corrupt. Sebabnya mungkin memori kad tu dah sampai ajal kot, tak dapat bertahan dengan kecanggihan GoPro Hero 7 Black (yang mana memori kad aku guna tu adalah Sandisk Ultra yang berspesifikasi Class 10 U1, sedangkan dalam website GoPro sebenarnya recommend supaya user pakai memori kad berspesifikasi Class 10 U3 V30. So bila dah under spec, memang struggle lah kan dia nak process gambar. Tu pasal corrupt kot. Hahaha).

Kau bayangkan masa tu baru habis rekod video, nak connect ke aplikasi GoPro kat iPhone 11 aku.. tiba-tiba je keluar SD card error. Hilang segala gambar dan video. Demm.. kecewa weh. Terus beberapa hari selepas tu, aku pergi Lowyat untuk beli memori kad yang lagi power untuk GoPro Hero 7 Black aku. Lexar Profesional 677x Untuk GoPro Hero 7 Black, harap-harap la lepas ni memori kad ni berfungsi dengan cemerlang. Hehehe.

Nota: Fungsi GoPro Hero 7 Black ni banyak. Paling terbaru aku dapat tahu bahawa dengan menggunakan GoPro Hero 7 Black je pun dah boleh capture gambar milky way macam kamera-kamera DSLR yang super power tu. Belum lagi tambah dengan fungsi hypersmooth, bawak kat tempat yang lemak bergegar pun.. footage masih nampak steady. Hohoho.

p.s: Upgrade ke GoPro Hero 8? Tak kot, setakat ni GoPro Hero 7 Black masih relevan dengan kehendak dan keperluan aku. Sayang duit weh. Beli mahal kot.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *