in

Pengalaman Guna Apple AirPods Pro


Dua bulan lebih dah guna AirPods Pro yang wife hadiahkan. So far so good. Banyak fungsi-fungsi menarik yang praktikal dalam kegunaan seharian aku terutamanya fungsi wireless tu sendiri. Kalau dulu pakai earpods, wayar panjang berjuntai je. Tapi sekarang.. dah tak serabut lagi dengan wayar.

Pendek kata kalau nak tinggal phone charging atas meja sambil buat kerja layan lagu melalui AirPods Pro tepi mesin fotostat pun boleh. Hassle free gitu.

So, alang-alang dah cerita pasal AirPods Pro ni kan aku kongsikan terus fungsi-fungsi menarik yang aku sangat suka pada TWS (True Wireless Stereo) Apple ni.

  • Noise cancellation mode – bila fungsi ni diaktifkan, korang takkan dengar bunyi-bunyi hingar disekeliling korang. Boleh kata kalau dalam suasana bising tu, almost 90% bunyi bising tu dihalang masuk ke dalam telinga korang dan korang hanya akan dengar bunyi yang dikeluarkan daripada AirPods Pro tanpa gangguan.
  • Transparency Mode – fungsi ni vice versa daripada nose cancellation. Bila ianya diaktifkan, korang boleh dengar bunyi surrounding macam biasa. Situasi bila pakai fungsi ni ibarat korang tak pakai AirPods Pro pun, bunyi surrounding macam normal je. Macam tak pakai apa-apa kat telinga, gila power fungsi ni.
  • Force Touch – sensor force touch ni berfungsi untuk mengawal beberapa fungsi pada AirPods Pro. Contoh korang tengah guna noise cancellation, lepas tu dah taknak guna dan nak balik pada transparency mode. Apa yang korang perlu buat hanyalah picit pada body AirPods Pro, maka transparency mode akan diaktifkan serta merta. Begitu jugak kalau nak pause muzik, tengah-tengah dengar muzik.. rasa nak pause, picit je body AirPods Pro.
  • Charging case – benda alah ni datang sekali dalam 1 set dengan AirPods Pro. So pendek kata kalau tiba masa nya untuk charging, korang ada 2 option. Pertama cucuk dengan lighning cable to USB type-C yang Apple sediakan, atau keduanya korang boleh guna wireless charging diatas mana-mana wireless charging pad (aku guna cara ni sebab ada beli wireless charging Baseus pad kat Shopee hari tu, memudahkan aku untuk charge iPhone 11 Pro dan AirPods Pro tanpa cucuk kabel).
  • IPX4 – maksudnya AirPods Pro ni water resistant. Tapi serius la walaupun aku tahu ianya water resistant, aku takkan sengaja percikkan air pada AirPods Pro aku. Cuma kewujudannya menambahkan konfiden level aku apabila terkena air tanpa sengaja, kurang lah risiko untuk rosak (aku sayang barang-barang aku okay.. Hahaha).
  • Easily connected dengan iOS – yang ni memang ramai sedia maklum. Kalau guna AirPods Pro dengan peranti iPhone, cara untuk gunakan ia sangat mudah. Dekatkan AirPods Pro pada iPhone, bukak casing dan terus akan ada popup pada skrin untuk korang connect AirPods Pro korang. Kalau dah connected, boleh juga tengok status bateri dan kawalan tambahan jugak boleh dilakukan melalui iOS Control Center.

Okay, rasanya tu je lah kot fungsi yang menarik bagi aku untuk AirPods Pro ni. Kalau korang tanya aku pasal kualiti sound, benda ni subjektif sebenarnya. Ikut telinga masing-masing. Bagi aku kualiti audio yang disediakan oleh AirPods Pro ditambah lagi dengan muzik daripada Apple Music, sangat memuaskan hati. Daripada skala 1 hingga 5, aku bagi penuh 5.

Cumanya dalam pros tu mesti lah ada jugak cons kan, dan cons (kekurangan) yang dimaksudkan adalah harganya mahal. Kalau ikutkan aku memang tak mimpi nak pakai AirPods Pro pun sebab dah tahu harganya 4 angka. Tapi memandangkan wife bagi hadiah, maka aku terima dengan hati terbuka. TQ. Hehehe.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *