in

Pengalaman di Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013


Setelah berjaya bangun seawal jam 6 pagi di hari minggu dan menghadirkan diri ke Seminar Buat Duit dengan Blog 2013 anjuran Denaihati Network, akhirnya Hafiz dapat juga beberapa input yang baru untuk dipraktikkan.

SBDdb13

kredit gambar Azman Ishak

Perkongsian informasi daripada 4 blogger terkemuka tanah air sedikit sebanyak membantu Hafiz dalam memotivasikan diri untuk lebih berdaya saing dalam industri blog tanah air.

Antara topik yang mendapat perhatian Hafiz sepanjang tempoh seminar tidak lain tidak bukan adalah tips SEO Merah Jambu ciptaan blogger Banting dan juga skill penjanaan pendapatan daripada penghasilan produk digital ebook.

Ditambah pula dengan bonus yang disediakan oleh pihak pembekal hosting, Serverfreak selaku penaja bersama yang telah memberikan diskaun sebanyak 50% kepada mana-mana pakej yang ditawarkan oleh mereka. Sempat jugalah Hafiz ambil pakej Deluxe yang mana boleh menampung 5 blog baru yang bakal dikeluarkan tak lama lagi.

Perasaan seronok selepas seminar tersebut selesai sememangnya tak dapat digambarkan. Cuma kali ni Hafiz agak kecewa kerana seperti biasa tuah tidak menyebelahi Hafiz apabila hadiah utama cabutan bertuah Samsung S4 jatuh kepada peserta lain. Mungkin tak ada rezeki namanya.

Apa-apa pun diharapkan pada masa akan datang pihak Denaihati Network akan mengadakan lebih banyak lagi seminar ilmiah yang sebegini. Majulah blog untuk negara. Chayok!

p/s: Semangat blogging tengah membara.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

31 Comments

Leave a Reply
  1. Ni yang bagusnya kalau kita datang ke majlis ilmu macam ni..boleh membarakan semula semangat yang dah nak mula luntur..teruskan usaha bro!

  2. syabas dan tahniah kerana berjaya menghadiri seminar tersebut..kemunculan 5 blog baru pasti mengegarkan dunia blog di Malaysia.Saya ada 2 blog rasa semput juga nak update entri kalau setiap hari..kecuali teknik selang seli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *