in ,

Pengalaman Di Legoland Yang Menyeronokkan Dengan Brick-Tacular Winter Wonderland


Kunjungan aku ke Legoland setakat ini belum pernah lagi mengecewakan. Terlalu banyak benda-benda menarik yang disediakan oleh pihak Legoland untuk anak-anak explore sehinggakan mak ayah yang menemani anak-anak ini pun kerap kali tertarik untuk join sekali apa yang anak-anak main.

Terkini, percutian aku dengan family ke Legoland pada hari selasa minggu lalu. Memberikan pengalaman yang baru dan menggembirakan buat anak-anak. Dimana pada hari tersebut membawa kepada acara istimewa tahunan yang bersempena dengan musim cuti sekolah dan sambutan hari krismas, Brick-Tacular Winter Wonderland namanya.

Keseronokan musim istimewa Brick-Tacular Winter Wonderland ini berbanding musim-musim lain yang dijalankan di Legoland apabila ianya sendiri menawarkan pelbagai acara dan aktiviti-aktiviti menarik yang berkaitan dengan hari perayaan Krismas termasuklah kewujudan Santa Claus versi patung LEGO, beramah mesra dengan orang-orang kenit comel, bergambar dengan Jack Frost, acara cabutan bertuah yang diberi nama Advent Calendar Draw, merasai pengalaman, menghantar pesanan kepada Santa’s Grotto, melihat Duplo Christmas Tree Lighting, memasuki Igloo Ice-Cream Bar pertama di Malaysia dan juga membuat orang salji sendiri.

Bercakap mengenai Advent Calendar Draw, secara umumnya ia merupakan sebuah acara cabutan bertuah yang diadakan setiap hari sepanjang sambutan acara Brick-Tacular pada bulan Disember ini. Yang mana melaluinya, korang yang berkunjung ke Legoland berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah hadiah utamanya percutian ke Legoland Billund, Denmark yang ditaja penuh oleh pihak Legoland.

Dan untuk melayakkan korang menyertainya, mudah saja.. korang beli apa saja merchandise Lego, set Lego ataupun mini-figure Lego, seterusnya resit pembelian itu dikepilkan bersama borang penyertaan (Advent Calendar Drop) sebelum dimasukkan kedalam kotak cabutan bertuah yang disediakan.

Tepat jam 6.00petang setiap hari, acara cabutan bertuah akan diadakan bertempat di Festive Stage (berdepan dengan Market Restaurant) untuk mencari pemenang yang bertuah.

By the way, kalau korang bernasib baik.. bukan setakat hadiah cabutan bertuah saja yang jadi rebutan. Macam tempoh hari masa kitorang pergi, diadakan juga sesi soal jawab bersama kanak-kanak. Siapa dapat jawab soalan dengan betul, dapat hadiah.

Dan.. yeah! Khair antara yang berjaya jadi penjawab yang betul. Maka, hadiahnya sekotak mainan Lego.

Kanak-kanak.. Walaupun hadiah tak besar mana, happy-nya bukan kepalang. Hahaha.

Selain daripada Advent Calendar Draw, acara-acara lain seperti yang aku sebutkan diatas juga berlangsung sepanjang bulan Disember ini;

Igloo Ice-Cream Bar pertama di Malaysia, merupakan replika kepada igloo sebenar. Yang mana bila korang masuk kedalamnya, disediakan replika blok ais kelihatan seperti takhta untuk pengunjung duduk diatasnya dan mengambil gambar dalam suasana sejuk diiringi hujan salji dipintu masuk.

Manakala, Santa’s Grotto pula adalah sesi meet and greet bersama Santa Claus, serta disediakan sebuah peti surat khas untuk pengunjung meletakkan sebarang ucapan ataupun keinginan supaya ditunaikan hasrat mereka.

Dan, yang terakhir sekali iaitu Duplo Christmas Tree iaitu merupakan sebatang pokok krismas Lego replika yang dibina bersebelahan dengan pentas acara Advent Calendar Draw.

Ia dibuat menggunakan 427,695 blok Lego Duplo, dan merupakan pokok krismas Lego yang terbesar pernah dibina di Asia Tenggara. Pokok krismas ini yang menariknya lagi, akan dinyalakan dengan hiasan lampu cantik bermula jam 7.00 petang setiap hari selepas acara Advent Calendar Draw dijalankan.

Ya.. jadi kalau korang berpeluang untuk datang ke Legoland pada bulan Disember ini, jangan lepaskan peluang bergambar dengan pokok krismas Lego ini ya. Mungkin peluang sekali seumur hidup.

Seriously, aku kagum macam mana diorang boleh siapkan replika Lego sebesar ni. Berapa lama tempoh masa yang diorang guna untuk siapkan benda alah ni?? Adakah selama 2 orang master builder Dan Steininger dan Chris Steininger membina replika LEGO Millenium Falcon? Hohoho

Legoland, Taman Tema Yang Menyeronokkan

Jika korang tertanya-tanya, apakah itu saja tarikan yang membuatkan aku teruja untuk ke Legoland minggu lepas?

Well.. jawapannya tidak sama sekali. Sebenarnya tema Winter Wonderland di Legoland ini lebih daripada itu. Selain apa yang di ceritakan diatas, kalau korang pusing dari satu tempat ke satu tempat di dalam Legoland ini, setiap satu daripadanya mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Dikawasan Lego Miniland contohnya, selain dapat melihat miniatur bangunan-bangunan ataupun mercu tanda popular di serata dunia, korang berpeluang untuk mengambil bahagian dalam kontes mudah pencarian 10 orang kenit Santa Groto yang terlepas.

Cari dan dapatkan kesemua nama orang-orang kenit tersebut, sekiranya berjaya.. korang akan layak menerima hadiah edisi terhad blok Lego Duplo yang comel.

Malah, sekiranya korang mencari aktiviti-aktiviti yang tak berkaitan dengan krismas juga ada. Selain daripada acara-acara istimewa yang dijalankan, terdapat juga tempat atau aktiviti-aktiviti lain yang korang boleh buat tanpa jemu walaupun korang dah berkunjung ke sini berkali-kali – so that it can meet the purpose if you are buying the Legoland annual passes.

Diantaranya ialah Lego Ninjago The Ride, Lego Race (roller coaster Lego VR pertama di dunia), Lego Studio (untuk tonton movie 4D), Build & Test Centre, Observation Tower, Dino Island, Star Wars Miniland dan bermacam-macam lagi tarikan yang semestinya membuatkan bukan saja anak-anak korang seronok, malah mak ayah juga merasai keseronokan yang sama.

Pendek kata, meluangkan masa di Legoland adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Walaupun ada yang berpendapat mungkin dengan hanya sekali pergi sudah mencukupi, tapi terus terang aku katakan.. kami sekeluarga yang dah pergi berkali-kali ni pun belum puas bercuti di Legoland.

Dan dengar kata tahun depan ada lagi tarikan baru yang akan siap dibina, iaitu Sealife Malaysia.

Hopefully kalau ada rezeki tersepak lagi, next year nak repeat datang lagi. Hohoho.

Oh ya sebelum terlupa, untuk makluman korang.. pada tarikh 24, 25 dan 29 Disember ini akan diadakan Christmas Marching Band. So, kalau korang datang pada tarikh ini.. sila standby bateri kamera cukup-cukup okay. Mesti menarik macam Star Wars Parade yang pernah aku tengok dulu.

Dan pada 29 Disember itu sendiri jugak, pada jam 6.40 petang akan diadakan pertunjukan Brick-Tacular Fireworks (bunga api 3D Lego) bersempena dengan sambutan tahun baru. Masa ni mungkin korang boleh tengok la kot blok-blok Lego jatuh dari atas langit. Hehehe.

Untuk maklumat lanjut mengenai musim Brick-Tacular Winter Wonderland dan juga pakej tiket masuk, korang boleh layari www.legoland.com.my. Dengar cerita banyak tawaran menarik kalau beli tiket secara online ni. Hohoho.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *