in , ,

Pengalaman Di Legoland Malaysia


Alhamdulillah. Sampai hajat aku untuk jejakkan kaki ke Legoland Malaysia. Dah lama plan nak ke sana sebenarnya, tapi baru minggu lepas ada masa terluang. Al-maklumlah, busy memanjang. Schedule pun penuh.

LEGOLAND

Legoland Malaysia, rasanya semua orang dah kenal tempat ni. Iaitu sebuah taman tema popular yang dipenuhi dengan lego-lego kegilaan kanak-kanak.

Khair main Lego
Banyaknya Lego! Mana satu nak pilih ni.

Okay, bercerita tentang trip ke Legoland. Actually, trip ini adalah trip aku bersama-sama rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari dimana kami semua mendapat mendapat jemputan untuk merasai sendiri pengalaman bercuti dan bersuka ria di Legoland Malaysia.

Penginapan di Hotel Legoland

Hotel Legoland

Disini merupakan tempat tinggal kami semua untuk 2 hari 1 malam dimana setiap pasangan ataupun keluarga ataupun kumpulan bujang disediakan dengan sebuah bilik hotel yang bertemakan Adventure.

Bilik ini yang dilengkapi dengan sebuah katil king size, sebuah katil double decker, 2 buah televisyen, peti sejuk mini, hair dryer dan bermacam-macam kelengkapan lagi. Pendek kata ianya cukup selesa untuk didiami oleh aku yang hanya mempunyai 3 orang ahli keluarga.

King bed Adventure room Legoland
Katil saiz king. Besar oo
Adventure Room Legoland Double Decker Bed
Double decker + extra bed yang boleh ditarik bawah katil
Toiletries Legoland
Toiletries pun packaging Lego tau

Kemudahan di hotel legoland

Bertambah menarik, kunjungan tiba kami ke bilik masing-masing disediakan dengan satu permainan menguji minda dimana kami perlu menjawab soalan-soalan berdasarkan klu yang diberi diatas kertas. Jawapan yang diperolehi kemudiannya akan digunakan untuk membuka kunci bagi mendapatkan hadiah.

Kotak besi rahsia
Yeah.. dapat buka. Hadiah berupa keychain, fridge magnet dan juga buku nota. Dianggarkan harga keseluruhan mencecah RM50.

Bersuka-ria di Taman Tema Legoland

Taman tema legoland merupakan tumpuan utama para pengunjung. Terletak betul-betul disebelah Hotel Legoland dan mempunyai akses yang senang daripada pintu belakang hotel terus ke entrance taman tema, ia merangkumi 7 lokasi menarik yang perlu anda kunjungi. Antaranya ialah The BeginningLEGO® City, Miniland, Land of Adventure, ImaginationLEGO® Kingdom dan LEGO® Technic.

Jom masuk Legoland!
Jom masuk Legoland!

Sepanjang berada didalam taman tema, pelbagai seni bina dan reka bentuk landskap yang cantik-cantik dibina menggunakan Lego.

Perkampungan melayu
Perkampungan Melayu
Lego Landskap Putrajaya
Masjid Putrajaya
Airport KLIA
Kuala Lumpur International Airport
Lego Putrajaya
Putrajaya

Pemandangan landskap Lego

Hafiz Rahim dan Khair bersama Lego arnab
Yariba.. yariba.. andre.. andre. Arnab pun boleh lah Khair oii
Lego Bomba
Nee noo! Nee noo! Bomba datang
Lego dinosour
Besar tu Lego Dinosour

Jika dilihat satu per satu, agak kagum juga aku sebenarnya pada si pembuatnya. Bayangkan, lego yang ringkas pun memerlukan masa setengah jam untuk aku siapkan. Agaknya bagaimana pula jumlah masa yang diperlukan untuk membina keseluruhan taman tema ini kan. Fuhh.. Tabik spring beb. Mesti mereka yang terlibat mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Alrite.. rasanya cukup setakat itu dulu cerita yang ingin aku sampaikan. Secara umumnya, kunjungan aku ke Legoland ini merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Ditambah pula dengan pemandangan-pemandangan yang cantik dihiasi Lego, rasa seperti tak nak balik pun ye jugak. Hihihi.

Nota: Untuk entri yang akan datang, aku akan bercerita tentang satu tempat khas yang dipanggil LEGO® Star Wars™ Miniland dimana kesemua lego-lego yang dipamerkan adalah dari siri filem Star Wars.. Kreatif! Nampak real macam dalam movie. So, stay tuned ya!

p/s: Untuk makluman harga bagi setiap bilik di Hotel Legoland bergantung sepenuhnya kepada tarikh yang dipilih oleh pengunjung. Jadi, jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut mengenainya, anda boleh layari www.Legoland.com.my ataupun www.Agoda.com untuk pakej harga terkini.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

14 Comments

Leave a Reply
  1. Saya pun teringin nak bawa keluarga ke Legoland. Tengok ulasan bro memang best, terutamanya anak-anak. Berapa anggaran kos ke sana ye?

    • Kalau bro tanya anggaran kos keseluruhan, hotel+tiket masuk+makan+minyak+tol.. dalam RM1500 jugak la. Itu untuk family yang ada anak sorang. Kalau anak ramai, mungkin lebih. hehe

  2. bagi peminat lego mesti seronok kot kalau dpt bermalam kat hotel tue. tapi kami yang duduk di sekitar JB nie balik rumah sendiri je lah. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *