in ,

Pengalaman Bermalam Di Swiss-Inn Johor Bahru


Seronok Khair dapat tidur hotel masa pergi jalan-jalan makan angin di Johor tempoh hari.

Dia punya excited, mengalahkan daddy dan ibu. Sepanjang perjalanan, asyik sebut je..

Adik nak pergi JB.. Adik nak pergi JB..

Walhal yang dimaksudkan adalah nak pergi hotel. Hahaha.

Sampai je hotel, check in.. masuk dalam bilik, terus berbaring atas katil sambil posing silang kaki minta diambil gambar.

Khair Swiss-Inn JB

Bukan setakat tu je, masa aku nak ber-selfie dalam toilet pun dia datang tumpang sekaki.

Hafiz Rahim & Khair Selfie
Dah ada geng nampaknya. No more selfie, but wefie. Hahaha.

Selepas penat bercuci mata di JPO, penginapan kami pada malam minggu itu berakhir di hotel Swiss-Inn Johor Bahru, sebuah hotel bertaraf 3 bintang.

Cosy 2 Bedroom Swiss-Inn JB

Cosy 2 Bedroom Swiss-Inn JB-Johor Bahru

Toilet Swiss-Inn JB

Walaupun hotel ini sebenarnya tak berapa menepati expectation aku, sebab tak ada bath tub dan WiFi agak slowwwww, namun dari segi keseluruhan aku masih lagi berasa puas hati.

Sebabnya.. walaupun hotel ini berada sangat-sangat hampir kepada pusat bandar Johor Bahru, tetapi lokasi persekitarannya tidak dikelilingi dengan kesesakan lalu lintas.

Which means.. Korang tak perlu mengadap jem. Keluar je dari hotel ke jalan besar, korang boleh terus drive kereta dengan tenang (Good for me yang dah hari-hari stress mengadap jem bila nak pergi dan balik kerja). Hahaha.

Toiletries tak cukup.. ubat gigi tak ada. No problem. Nasib baik dah standby ubat gigi Khair. Hee.

Toiletries

Breakfast pula?

Still acceptable walaupun menu yang ditawarkan tak berapa banyak, tapi quite nice juga especially croissant tu. Sapu butter dan kaya, sedap oo.

Swiss-Inn Johor Bahru Cafe

Breakfast Swiss-Inn Johor Bahru

Lagi.. ada kuey teow goreng, nasi lemak, roti jala, scrambled egg, sosej, roti bakar, cereal macam honeystar, koko crunch dan juga cornflakes. Ala.. 3-star hotel, takkan korang nak buffet breakfast macam 5-star hotel kot. Agak-agak la kan. Hehehe.

Cereal breakfast Swiss-Inn

Apa-apapun, kenangan kami semalaman di Swiss-Inn JB berakhir dengan senyuman.

Swiss-Inn Johor Bahru Lobby

Swiss-Inn Johor Bahru

Lepas je check out.. dalam kereta Khair cakap kat daddy..

Daddy, nanti datang hotel lagi..

Huh? Errrr… (daddy pandang ibu.. speechless jap). Hahaha.

Note: Kalau book Swiss-Inn JB thru Agoda dapat rate per night yang lagi rendah. Cosy 2 bedroom (untuk 4 pax) dah boleh dapat below RM300. Quite okay juga bagi mereka yang berkeluarga.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

6 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *