in

Pengalaman Bermalam Di Okish Edge Ketika Bercuti Di Legoland


Kalau korang pernah baca entri aku tentang tips dan panduan tempah homestay murah melalui Airbnb, ni haa.. In case korang tertanya-tanya apa rupa homestay yang aku dah book, aku share kondisi yang sebenar tentang homestay tersebut.

First of all, homestay yang aku book itu diberi nama Okish Edge @ Pangsapuri Meridian Medini . Jaraknya terletak tak berapa jauh daripada Legoland. Which means kalau korang jalan kaki ke Legoland, mungkin ambik masa dalam 10 minit. Tapi sekiranya kalau korang naik kereta, 5 minit pun tak sampai. Consider sangat dekat dah ni.

Well.. Cerita masa aku buat tempahan, seriously aku tak tahu homestay tu level berapa eventhough aku tahu ia adalah sebuah apartment. Sehinggalah pada 2 malam terakhir sebelum aku berangkat ke sana, owner whatsapp aku bagitahu yang homestay itu berada di tingkat 17.

Tingkat 17?.. Wuuuu.. tinggi.

Kemudian.. on the day aku tiba di sana, dalam jam 5.45 petang aku ambil kunci (late check-in sebab masuk Legoland dulu).

Ada few step yang owner suruh aku follow untuk bagaimana aku dapatkan access card. Dan aku juga dimaklumkan access card ini akan menjadi peneman setiap masa sepanjang bermalam di homestay Okish Edge, i.e masuk parking kereta kat lower ground, naik lif, even nak masuk ke homestay tu sendiri kalau tak ada access card memang tak boleh masuk.

Well.. I have no problem with that. Cuma masa kali pertama nak guna, aku tersalah masuk lif. Sepatutnya pergi ke lif blok A, tapi aku bawak anak bini masuk lif blok B. Patut la 4-5 kali aku tag access card dalam lif tu tak lepas. Hahaha.

Setibanya di level 17, homestay dicari berdasarkan nombor rumah yang diberikan.

Tadaaaa! First impression.. lawa beb. Sama macam dalam gambar display Airbnb. Konsep yang diketengahkan memang nampak kemas dan teratur. Putih, bersih dan rumah baru.

Aku tanya juga pada wife dan Khair sama ada suka tak homestay pilihan aku. Jawapan positif.. “suka”. Yesza, terus lepas tu mood holiday dah berbunga-bunga. Hahaha.

Ruang tamu..

Bilik tidur..

Bilik air..

Dapur..

Keseluruhannya, meet my expectation. Dan yang paling penting, ada mesin basuh. Wife aku kata comel mesin basuh tu. Err.. I cannot brain macam mana perempuan melihat sesuatu benda. Even mesin basuh pun dia kata comel. Hahaha

On the next day, bila kitorang decide untuk skip daripada masuk Legoland eventhough ada annual pass.. kitorang decide nak explore kawasan kolam renang.

Khair.. of course. Ini memang favourite dia. Bila nampak pool cantik-cantik. Jadi badak air terus. Hahaha.

Well.. kalau ikutkan ada banyak lagi kemudahan yang tersedia di homestay Okish Edge, termasuk gym, snooker, dan playground. Dan kesemuanya terletak di level 5.

Tapi tak sempat nak explore semua, cuma mampu ambil gambar je.. sebab baring-baring atas tilam empuk lagi best. Heee.

p.s: Bagi aku serius berbaloi dan puas hati kalau korang nak ke Legoland dan bercadang untuk bermalam di kawasan yang berdekatan untuk 1-2 hari, kemudahan lebih kurang hotel je dan lebih jimat. Untuk buat tempahan Okish Edge, korang kena tempah melalui Airbnb.. kalau belum berdaftar, sila daftar dulu akaun Airbnb melalui link ini, daftar Airbnb.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *