Penat bermain di taman tema Legoland, tiba masanya untuk merehatkan diri. Legoland Malaysia Resort menjadi pilihan percutian aku sekeluarga kali ini kerana lokasinya yang bersebelahan dengan taman tema memudahkan urusan keluar masuk sekiranya ada barang yang tertinggal, ataupun nak datang bermain lagi keesokan harinya.
Kalau korang pernah follow blog aku, aku pernah ceritakan tentang pengalaman ringkas bermalam di hotel 5 bintang ini. Sejujurnya ia memang satu pengalaman yang menyeronokkan.
Bermula dengan ruang lobi yang dipenuhi dengan bongkah-bongkah Lego yang boleh dimain tanpa had, langkah pertama masuk ke hotel ini sudah menampakkan suasana yang menyeronokkan.
Lebih 12,500 susunan Lego mini figure dibelakang kaunter check-in dipaparkan. Sebuah istana mini berkolamkan bongkah Lego menanti pengunjung, manakala disebelahnya pula sebuah kapal diatas lautan bongkah Lego.
Wahh.. Pendek kata, bila sampai ke sini bukan saja anak-anak yang terlebih excited untuk bermain Lego, malah ada juga ibu bapa yang tumpang sekaki. Hahaha.
Bilik Tidur Bertemakan Lanun
Berbanding bilik yang bertemakan Adventure yang pernah kitorang bermalam dulu, kali ini bilik yang bertemakan lanun menjadi tempat kami bermalam.
Masih mengekalkan susun atur yang sama; disediakan 1 set katil king bed di ruang bilik utama, manakala 1 katil double decker disediakan diruang tidur anak-anak bagi memberikan ruang privasi untuk ibu bapa berehat.
Apa yang menarik dan masih lagi menjadi ingatan kami sekeluarga apabila mula memasuki ruang bilik hotel, dimana sebuah treasure box di satu sudut penjuru bilik yang sedia menanti untuk dibuka.
Khair, for sure antara yang paling excited untuk membukanya kerana dia tahu dalam trasure box itu tersedia set Lego yang sedang menunggu tuannya.
Tapi yang paling lawaknya apabila dia tak dapat selesaikan teka-teki treasure box yang disediakan. Disebabkan daddy pun buntu tak dapat nak fikir jawapan secara waras, aku arahkan saja dia untuk menelefon operator hotel bagi mendapatkan jawapan. Hahaha.
Makan Malam Dan Sarapan Di Bricks Family Restaurant
Tak lengkap rasanya kalau menginap di Legoland Malaysia Resort tanpa menjamu selera di restoran yang bertemakan Lego ini. Berkonsepkan stail buffet, restoran ini dapat menampung kapasiti sehingga 465 tetamu dalam satu masa.
Bermula dengan makan malam pada jam 7.00 petang sehingga 10.00 malam, selepas selesai bersihkan diri, kitorang turun untuk menikmati juadah yang disediakan.
Pelbagai menu ditawarkan, dan yang paling sedap aku rasakan disini ialah menu udang butter. Dah lah udangnya besar-besar. Kena je dengan rasa masin, manis berlemak.
Nasi untuk malam tu, tak pandang pun. Hanya makan lauk semata-mata. Hahaha.
Manakala untuk keesokan paginya pula, menu sarapan juga tidak kurang hebatnya. Seawal jam 7 pagi kitorang turun ke Bricks Family Restaurant, untuk menikmati menu-menu yang cukup menggiurkan.
Yummy!!
Dengan muka kantoi belum mandi pagi. Kitorang tak kisah pun apa orang kata. Asalkan dapat makan yang sedap-sedap. Hahaha.
Selesai makan, anak-anak dah kembali bertenaga. Bila nampak bongkah-bongkah Lego sedia menanti untuk dimainkan. Mereka pun tak tunggu lama untuk mula aktif.
Buat korang yang berminat untuk membuat tempahan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang promosi yang ditawarkan oleh Legoland Malaysia Resort, boleh layari laman web rasmi mereka di www.legoland.com.my ataupun boleh ikuti mereka juga di Facebook dan Instagram.
Maknanya duduk di hotel oun dh cukup kan
. kalau nak best lagi baru masuk legoland..betoi ke ?
Bagus! Good info..senang kami nak g legoland plak lepas ni..yahoo
Bestnya bilik! Kalau si kembar ni ada yg tak lena kot, excited sgt ngan Lego hehehe