Aku ni kalau beli barang jenis suka fikir untuk beli dan guna sesuatu barang tu untuk jangka masa yang lama. Kalau boleh nak guna untuk 3-4 tahun. Dan aku bukan macam jenis orang yang beli hari ni, tahun depan dah nak tukar lain, upgrade bagai.. tak.. tak. Itu golongan bangsawan je yang mampu berbelanja macam tu. Aku pulak sekadar marhaen yang kais sebulan makan sebulan.. Kalau perlu baru aku tambah sikit-sikit.
Okay berbalik kepada cerita aku nak berbelanja ni tadi, benda yang aku nak beli tu adalah komputer ataupun PC.
Pada asalnya tak terlintas difikiran pun nak beli komputer baru sebab dekat rumah dah ada 2 biji laptop. Sebiji Macbook Air untuk kegunaan aku, manakala lagi satu laptop Samsung zaman atok dinosour punya.. aku bagi khair guna.
Tapi memandangkan laptop Samsung tu dah terlampau uzur dan baru-baru ni pulak kebetulan ajal dia dah sampai.. maka tergerak hati aku untuk beli komputer baru sekaligus memudahkan Khair nak guna untuk attend kelas-kelas online sekolah dia.
Haa.. memang. Kalau korang perasan kat Facebook aku pernah up status gambar, yang mana aku suruh Khair akses kelas online PdPR pakai iPhone dia je.
Tapi.. bila dah ternampak situasi penggunaan handphone untuk join kelas tu macam tak berapa nak sesuai.. maksud aku, nak buka buku teks (jenis softcopy online) jugak pun dah berbelit jari nak tukar apps, tiba-tiba ter-disconnet, bateri low laa.. jadi rasanya dah tiba waktu sesuai untuk aku beli pc untuk memudahkan urusan dia.
Dan oleh kerana PC yang aku nak beli ni pulak jangka hayatnya bakal digunakan dalam satu tempoh masa yang agak lama, jadi aku pun tanpa teragak-agak survey terus untuk buat custom PC.
Custom PC?
Yerp.. custom PC yang mana segala komponen dalam tu mix and match kita sendiri yang decide. Bukan macam prebuilt PC yang beli je dah siap semua benda.
Kenapa apa aku tak beli prebuilt PC (ready made)?
First, sebab prebuilt PC ni selalunya kos lebih “mahal”. Mahal tu maksud aku bukan harga tu mahal.. ada je PC yang harganya bawah RM2000. Tapi maksud mahal aku tu, nilai PC tu tak sama dengan kualiti PC tu sendiri.
Yelah, kalau dengan harga RM2000 tu sebenarnya korang boleh dapat custom PC yang spec lagi padu dan power, takkan korang tak nak kan? Lagipun prebuilt PC ni kadang-kadang ada limitasi untuk korang ubah komponen yang mana korang tak berkenan. Biasa boleh tambah RAM dan storage je la. Lain-lain dah fixed kat dalam casing CPU. Haa.. faham?
Tapi walaupun aku berniat nak beli custom PC, bukan lah bermaksud aku akan pasang sendiri komponen-komponen PC tu. Dalam kes aku ni.. aku just pergi kedai komputer, tunjuk komponen apa yang aku nak.. Kemudian, aku mintak je technician kedai tu yang tolong pasangkan. Heee mudah.
Senarai komponen yang digunakan untuk buat custom PC aku
Berikut adalah komponen-komponen komputer yang telah aku beli untuk set custom PC aku.
Kategori | Komponen | Harga |
Processor | Intel Core i5-10400F 2.9G | RM740 |
RAM | Kingston HyperX Fury RGB 16GB 3200MHZ DDR4 Dimm | RM369 |
Storage | A-Data SSD SX6000 Pro M.2 512GB | RM279 |
Motherboard | ASROCK B460M Steel Legend | RM475 |
Power Supply | Cooler Master MWE Gold V2 650W Full Modular | RM369 |
Casing | Aigo Darkflash DLM24 Micro ATX Case | RM228 |
Webcam | Logitech HD720P Webcam HD | RM165 |
Headset | Armageddon ATOM 7 2.1 Gaming Headset | RM50 |
Modem | D-Link DWA-582 Wireless AC1200 Dual Band PCI | RM108 |
Monitor | Samsung Monitor 24″ IPS LF24T350FHEXXM | RM449 |
Keyboard + mouse | Logitech MK345 Wireless Combo | RM108 |
Speaker | Vinnfier Hyperbar U10 USB Powered Soundbar | RM40 |
Total damage dalam RM3380 complete set.
Frankly speaking, setup kat bawah ni dah lari sikit daripada plan asal kerana processor AMD Ryzen 5 3400G yang aku nak tu dah habis. Adoyai.
Maka atas nasihat orang kedai, aku tukar plan aku tu dengan processor jenis Intel i5 10400F yang lebih padu dan yang penting masih dalam budget. – Comparison Intel Core i5 10400F vs AMD Ryzen 5 3400G.
So bila dah selesai beli semua komponen kat atas ni, dan kedai pun dah siap pasangkan. Belum boleh guna lagi sebenarnya custom PC aku. Dia ada kurang lagi 1 benda, iaitu operating system.
Dan untuk custom PC sebegini, secara normalnya orang akan pakai Windows la melainkan ada yang citarasa unik sikit, akan pasang Hackintosh. Okay, yang ni aku skip.. malas pening kepala nak guna Hackintosh walaupun aku dah cukup suka dengan MacOS, jadi aku ambil jalan mudah.. aku cari je Windows 10.
Cerita Windows 10 ni pulak, aku tak beli dekat kedai yang sama aku beli custom PC ni. Sebab harganya Yahudi gila. Kau bayangkan harga untuk 1 license Windows 10 Home 64bit dia letak RM499 sebab ada packaging Windows tu je.
Sedangkan kalau aku beli dekat seorang kawan reseller aku, untuk 1 key Windows 10 Pro, aku boleh dapat harga RM35 je. Dan yang lagi best, key tu bukan pirate okay. Halal punya key, register under personal email kita sendiri dan verified by windows. Kalau korang nak jugak, boleh contact Bro Shaiffulnizam.
Cumanya bila dah ada key Windows 10 Pro tu aku kena install Windows sendiri je la. Dan untuk urusan installation Windows ni pulak, aku ada kenal seorang student IT kat kawasan Bangi ni yang ada buat freelance.. so aku mintak dia je install kan.
Dia buat depan mata, sampai masa kena masuk key Windows.. aku yang masukkan sendiri. Kemudian 30 minit, dah siap (tengok kelajuan PC/laptop korang la.. mujur aku pakai SSD NVMe M.2, berdesup lajunya). Bayar RM50 pada Bro Shah, kemudian aku dah boleh angkut PC bawak balik rumah. Hehehe.
Haa.. so itu je la pengalaman aku sedikit sebanyak untuk beli dan buat custom PC ni. By the way, antara manfaat yang korang boleh dapat dengan custom PC ni.. korang boleh tahu jugak sikit-sikit tentang komponen-komponen yang ada dalam PC ni. Kiranya dapat ilmu gak la sikit kan, tak ada semata-mata tahu guna je. 🙂
p.s: Custom PC aku ni tak masuk graphic card lagi sebab tak ada perancangan lagi nak install game. Tapi tak tahu lah kan kalau in near future ada offer yang best ke, maybe aku akan slot in jugak sebijik graphic card in case ada kerja-kerja atau urusan yang memerlukan penggunaannya.
Upgrade terbaru:
- Pasang Graphic Card MSI GeForce® GTX 1650 D6 VENTUS XS OC
- Tukar monitor Acer Nitro XV240YP
- Tambah SSD Samsung 970 Evo NVME M.2 1TB
- Tukar pakai Zotac Gaming GeForce® RTX 2060, Controller Xbox One
- Tambah air cooler be quiet! Dark Rock Slim
3k bang. Waduh2……
WOW…RM3k…tapi cantik lar. Saya pun nak beli custom PC. 😀
apa yg best custom pc sendiri ni…boleh ikut bajet dan minat kita untuk pc tersebut…haha
i5 10400 tu, x perlu pakai gpu 🙂
Ada F kat belakang tu.. yang F kena pakai. Hehe