Covid ni dah jadi penyakit kekal dah dalam komuniti. Buat la macam mana pun, takkan hilang punya. Varian makin bertambah, orang tak pernah kena pun dah takleh nak maintain rekod bersih. Last-last mesti rekod tercalar punya.
Macam ayah aku, dia paling clean setakat bulan lepas.. orang lain sibuk kuarantin positif.. dia rilek je.
Tapi nak dijadikan cerita, kali ni Covid19 pilih dia jadi insan terpilih. Tak tahu dapat dari mana. Tiba-tiba je ayah aku positif. Simptom yang ada pada dia.. batuk, demam dan selsema.
Disebabkan sekarang pulak kebetulan dah masuk fasa pandemik, jadi masing-masing kat dalam rumah tu pun tak terlintas langsung nak buat Covid test. Sebab anggap demam selsema biasa.
Sehinggalah pada hari yang mak aku cakap ayah aku batuk teruk dan mintak bawak dia pergi ke klinik, barulah tergerak hati nak buat Covid test. RTK test kit yang check pakai air liur tu memang dah ada kat rumah, jadi tengahari tu aku balik terus buat.
Tak sampai 5 minit, dua line muncul. Terus keluar dari mulut.. “Adoi.. positif pulak”.
Tak ada nak tunggu-tunggu lagi dah. Ayah aku yang awalnya dah bersiap nak pergi klinik, terus aku suruh masuk bilik je. Kuarantin terus. Hohoho
Long story cut short, keesokannya mak aku pulak disahkan positif buat kali kedua. Kemudian hari ke-3 pulak ayah dan mak aku dapat kemaskini daripada MySJ untuk hadirkan di ke Klinik Kesihatan terdekat. Sebab bila dah jadi warga emas ni, diorang dah termasuk dalam golongan berisiko tinggi.
Jadi Klinik Kesihatan akan provide ubat antiviral ‘Paxlovid’ sebagai salah satu rawatan.
By the way, bercerita pasal ubat antiviral ‘Paxlovid’ ni.. aku agak terkejut sebenarnya sebab ayah aku bagitahu, harga untuk sekotak ‘Paxlovid’ ini adalah RM1159.
Dalam sekotak ‘Paxlovid’ tu pulak, bukan ada banyak pun.. ada 5 papan. Dimana bagi setiap papan tu pulak terbahagi kepada dua. Sepapan kena habiskan setiap hari.
3 biji untuk makan waktu siang (yang tulis AM), 3 biji untuk makan waktu malam (yang tulis PM). Saiz sebiji pil macam Panadol ayah aku cakap.
Fuh.. tahu je harga ‘Paxlovid’ tu mahal tak hengat punya. Terus aku dan adik beradik lain pesan banyak-banyak kali kat ayah mak aku makan ubat tu elok-elok. Kalau kata kena beli, memang berpeluh nak bayar. Mujur KKM bagi percuma. Alhamdulillah. Hohoho.
Cuma lepas sehari dua makan ubat ‘Paxlovid’ tu, mak ayah aku bagitahu.. kacau deria rasa sikit la. Apa benda yang diorang makan je jadi pahit, tawar. Nak kata pahit tawar tu sebab positif Covid, tak jugak.. sebab beberapa hari sebelum makan ubat tu elok je dapat rasa semua makanan.
Lagipun pegawai kesihatan kat KK pun dah pesan awal-awal, katanya ubat ni akan kacau deria rasa. Betul la tu kot.
So itu je la nak cerita pun.. pasal mak ayah aku kena Covid dan dapat ubat ‘Paxlovid’. Tengok daripada keberkesanan, nampak macam berkesan. Sebab bila aku tanya ayah aku yang lebih teruk simptom daripada mak aku, dia kata sakit-sakit badan, batuk jadi berkurang lepas ambik ubat tu. Alhamdulillah.. Thanks ‘Paxlovid’ dan KKM.. jasamu dikenang.