Pengajaran Buat Khair

Hahaha.. Mampu gelak je kat Khair hari ni.

Tadi masa keluar pergi AEON Jusco, bukan main beria lagi dia nak beli mainan “Shopkins“.

Shopkins

Ingatkan mainan apa lah sangat sampai dia taknak pandang langsung mainan lain. Offer LEGO taknak, offer plastisin pun dia taknak. Eksen sungguh. Huh.

Bila sampai rumah, buka packaging mainan “Shopkins“..

Mainan Shopkins

Nah.. tu dia. Dua ketul benda alah ni je!

Nak kata benda tu mainan, macam tak ada gaya langsung. Lembut, nampak lebih kurang macam pemadam je. Hohoho.

Khair, bila dia dah tengok benda tu tak best, buat muka kecewa dah. Nampak kesian pun ye gak. Tapi, nak buat macam mana. Dia yang nak.

Khair tak puas hati
Dapat flyers gak, untuk penuhkan packaging je tu. Hahaha

Biarkan.. biar dia tau.. Lepas ni mesti dia taknak beli lagi dah. Hehehe.

p.s: Aku agak dia nak mainan ni mesti sebab terpengaruh tengok iklan dalam Youtube.

Written by Hafiz Rahim

Penduduk planet Bumi yang merupakan fanatik kepada Wordpress dan telah menjadi blogger separuh masa sejak tahun 2011.

9 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Warm Up Sebelum Tahun 2016

Rekod Terbaru Nasi Dagang Bonda Ani