Okay. Berita lucu yang sememangnya seluruh Malaysia dah tahu. Durian memang dikenali raja buah. Rasanya yang manis dan tekstur isinya yang berkrim membuatkan sesiapa saja termimpi-mimpi untuk merasai keenakannya, lebih-lebih lagi bagi durian jenis Musang King, Udang Merah ataupun Black Thorn.
Tetapi, berbeza dengan orang barat. Mereka menganggap bahawa durian ini adalah buah yang baunya sangat busuk. Tahap kebusukan itu bagi mereka boleh dikategorikan sebagai “overpowering stench of garbage” – bau busuk sampah yang terlampau.
Gila apa.. Bau durian sedap oi. Lagi best daripada bau arak. Huh.
Menurut kajian saitis barat, mereka dapat mengenal pasti 2 sebatian kimia yang menyumbang kepada bau “busuk” ini (yang mana analisa dilakukan keatas 20 jenis bahan kimia busuk dan juga 19 spesis baka durian) adalah ethyl (2S)-2-methylbutanoate dan 1-(ethylsulfanyl) ethanethiol. – sumber phys.org
Yang melucukan, semasa analisa dilakukan mereka mengatakan bau “busuk” durian menyerupai bau stokin busuk, sampah dan daging busuk yang mereput. Adoyai.. something wrong betul dengan deria bau depa ni. Hahaha.
p.s: Tak sabar nak tunggu musim durian lagi. Boleh beli durian murah. Hehehe
Di daerah saya Sumatera Selatan lagi musim durian nih, buah yang tak bosan untuk dicicipi setiap tahunnya
hahaahah rugi2 hilang nikmat makan diorg ni hahahhaha