in ,

Pencabar WhatsApp Yang Lebih Hebat


Kalau sebelum ini Hafiz selalu menggunakan applikasi WhatsApp dalam untuk text messaging kawan-kawan atau saudara mara. Tapi kali ini Hafiz dah jumpa satu lagi applikasi yang marvellous. Dan dengan menggunakan applikasi tersebut, Hafiz tidak perlu risau lagi dengan stalker-stalker yang bersedia mencuri info peribadi seperti yang terdapat pada WhatsApp. Applikasi yang Hafiz maksudkan tak lain tak bukan adalah, WeChat.

Selain fungsi text messaging dan group chat yang sedia maklum sama seperti WhatsApp, WeChat juga menyediakan fungsi video call dan juga voice messaging. Video call tu confirm korang tahu kan. Voice messaging tu pulak boleh diibaratkan seperti walkie talkie, sistem berbalas message hanya dengan menggunakan pesanan suara dimana kita perlu record suara kemudian hantar kepada penerima.

Ini lagi satu, fungsi moment sharing. Korang tentu familliar dengan Instagram kan? Haa..fungsi ini sedikit sebanyak mempunyai persamaan seperti applikasi tersebut. Boleh share, like dan comment gambar. Dan jika difikirkan semula, macam Facebook pun ye jugak. Menarik kan? Hehe.

Akhir sekali fungsi yang paling rare, iaitu drift bottle. Secara ringkasnya ia berfungsi macam ni; Korang pernah tengok tak cerita-cerita lama tentang orang tersesat kat pulau? Then dalam percubaan menyelamatkan diri, orang tu akan buat satu note yang akan dimasukkan ke dalam botol. Kemudiannya, botol itu dihanyutkan ke laut dengan harapan akan ada orang lain yang akan terjumpa dan datang menyelamatkan beliau. Haa. Macam tu lah fungsi drift bottle ni. Cuma, botol tu dalam bentuk digital di dalam phone kita. Best tau. Mane la tau kot-kot korang terjumpa note dari awek cun yang kesepian. Hahaha.

Ok lah. Rasanya tu je yang Hafiz boleh review buat masa ini. Kalau korang rasa applikasi ni best, then korang download lah sendiri dalam AppStore ataupun Google Play. Banyak lagi yang boleh diexplore. Dan jangan risau, applikasi ni FREE je. Awal-awal lagi developer applikasi ni tahu korang semua tak suka keluar duit. Hehehe.

p/s: Nanti kalau dah download & install. Add Hafiz ye.

Username: hafizrahim

Sebelum terlupa, applikasi ini juga boleh digunapakai pada gadget yang menggunakan operating system Windows Mobile dan ovi.


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

35 Comments

Leave a Reply
  1. Bagus ni..whatsapp tu bg trial je.. bukan free selama nya..
    Apapun banyak dah app yg offer sama cam whatsapp.
    contohnya LINE

  2. Memang ketinggalan bab2 chatting ni. Dulu pernah guna ChatOn dari Samsung. Rasa tak sesuai, lebih selesa ngan default sms jugak guna GoSMS. 🙂

Leave a Reply to lewisdotmy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *