Kadang-kadang, penat itu memang penat. Tapi apabila sesekali anak-anak meminta untuk didukung, rasa bersalah jika tidak menurut permintaan mereka. Anak-anak, kudratnya tidak sekuat orang dewasa. Malah, kadang kala mereka meminta untuk didukung kerana ingin bermanja dengan ibu bapa mereka.
Terkesan dengan lukisan komik yang dilukis oleh Dan Dougherty, menguatkan lagi sikap peribadi aku untuk lebih meluangkan masa bersama mereka. Disini, aku kongsikan di blog ini tentang lakaran komik yang dimaksudkan supaya ia juga dijadikan peringatan kepada semua ibu bapa diluar sana.
Walaupun lakaran komik yang dilukis adalah berkenaan cycle hidup seorang anak perempuan, tetapi secara umumnya waktu kecil anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan cuma sekali. Once kalau kita dah terlepas, mungkin kita tak berpeluang untuk melalui detik-detik berharga itu lagi.
p.s: Masa untuk keluarga sangat berharga. We will missed all the moment we had bila dah meningkat tua nanti – Nasib baik aku ada blog, boleh cerita tentang Khair dan juga cerita tentang Haziq, so nanti kalau diorang dah besar dan rasa rindu tu datang boleh recall balik segala jenis kenangan bersama mereka.
Sumber: beardocomics.com
Kadang-kadang komik ini boleh membuat kita ceria. Watak disampaikan bersahaja tetapi penuh dengan masej.
Anak adalah anugah dan amanah Allah Taala. Kitalah sbg ibubapa perlu mencorakkannya, ia ibarat kain putih.
Masa anak kecillah tempat kita menvcurah kasih dan sayang, terasa happy bila bermain dan bermanja dengan mereka.
Mmg terkesan.. tq apih..
Penceritaan menerusi komik macam ni nampak lebih berkesan daripada kita menulis panjang-panjang, atau cakap panjang-panjang 🙂 Ada pengajaran dan contoh tauladan yang baik disitu