Penangan Tabung Oren

Tak sangka betul.. dalam tempoh lima bulan amalkan tips tabung oren, dah boleh kumpul hasil empat angka.

Sebelum amalkan tips ni, simpanan pun segan-segan nak ada. Tetapi, sekarang.. simpanan dari tabung oren je dah boleh buat backup untuk benda-benda lain.

Jumlah simpanan RM1460.

Tips menabung

Fuhh.. tebal. Kalau tengok dalam gambar, gaya pegang tu dah ala-ala geng scammer MLM mengumpan mangsa. Hahaha.

Okay lah kan, 5 bulan pertama sebagai tempoh percubaan (walaupun ada cheat day.. hehehe). Dah cukup sangat nak renew roadtax, sekali dengan yuran Khair masuk tadika. Next target, kumpul untuk beli aset kedua pula. Insha Allah.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

p.s: Boleh juga jadikan tabung oren ni simpanan untuk jalan-jalan makan angin. Nak lagi jimat, cari tempat percutian melalui Agoda. Banyak boleh save. 😉


6 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini