Peminat BoboiBoy


Kuat sungguh penangan Boboiboy. Tengah-tengah Khair dok ralit layan Youtube, bila sebut je nak pergi Alamanda tengok movie tour Boboiboy, terus je spontan dia bingkas bangun.

Kalau tak, sebelum ni.. Jangan haraplah. Selagi tak dirampas henfon, berbuih la mulut nak panggil dia bila nak ke mana-mana. Hohoho.

Sampai je Alamanda, dari jauh dia dah nampak banner Boboiboy.

Apalagi, berlari terus lah dia tinggalkan ibu dan daddy. Excited bukan main nak tengok maskot idola.

Tapi.. Malangnya..

Maskot dah pergi rehat. Pukul 8 malam je baru maskot sambung sesi Meet & Greet balik. Alahai.. Melepas. Nak tunggu sampai pukul 8 malam, memang tak lah jawabnya. Kitorang plan pergi sana pun sekejap je.

Khair

Tapi tak apa.. Tak ada maskot, dapat bergambar dan beli puzzle pun kira ok dah. Happy bukan main, hingga senyum pun sampai ke telinga. Hehehe.

Khair dan BoboiBoy puzzle

p.s: Hari ketiga BoboiBoy The Movie, tikat wayang masih sold out. Fuhh.. Power betul.


7 KOMEN

  1. Akiff dok sebut gak nak tgk tp tggu dulu la… baru jer baru die tgk zootopia mggu lps… kang dah terbiasa asyik nak tgk wayang lak…

  2. Kami tengok wayang ja, tak naik ke atas pun tengok maskot tu..anak dah eksaited sangat nak tengok movie boboiboy

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen!
Sila masukkan nama disini