in

Pemilihan Hosting dan Kenapa Perlu Pilih DataKL


Setiap orang mempunyai kriteria pemilihan sendiri bagi memilih hosting yang terbaik untuk blog masing-masing. Ada yang mementingkan harga yang murah, storage capacity yang tinggi, bandwith yang tiada had dan macam-macam lagi lah.

Bagi aku sendiri, aku tidak pernah menggunakan mana-mana hosting provider. Hosting yang dibeli dengan DataKL ini merupakan hosting yang pertama aku gunakan secara berbayar. Untuk blog sebelum ni, aku cuma menggunakan domain yang dibeli dari pihak NetKL.

NetKL, kalau nak ikut senang aku boleh je terus beli hosting dengan mereka tanpa memeningkan kepala memilih provider lain. Tapi pemilihan hosting merupakan suatu proses yang agak penting kerana, once kita tersilap beli mungkin boleh menyebabkan kebinasaan pada blog. Antara aspek-aspek yang  aku check sebelum pilih hosting dari provider tersebut:

  • Sistem operasi – Antara Linux atau Windows. Untuk kegunaan blog, Linux merupakan yang terbaik.
  • Capacity storage – Jumlah ruangan yang disediakan untuk menyimpan segala data. Untuk blog picisan seperti HafizRahim.Com, 5Gb dah cukup besar untuk menyimpan segala fail-fail media.
  • Bandwith – Data yang keluar masuk dalam blog. Dengan trafik yang belum mencecah ribuan angka, bandwith tidak perlu terlalu besar untuk mengelakkan pembaziran.
  • Service – Penting untuk mendapat support 24/7 dan Uptime melebihi 99%. Kita tidak mahu blog sentiasa “down” dan respon yang diberikan lambat.

Untuk memastikan hosting provider itu bagus, biasanya aku akan semak dulu kriteria yang aku senaraikan di atas. Biasanya banyak review dari blogger-blogger senior tentang mereka. Dan setakat ini, DataKL terletak dalam ranking yang tertinggi. Ramai pengguna hosting mereka yang memberikan respon yang positive terhadap servis yang diberikan.

So far, bagi aku sendiri yang baru sahaja menggunakan hosting mereka (DataMini Hosting Package), servis yang diberikan memang memuaskan hati. Sebarang pertanyaan yang diajukan mendapat respon yang cepat.

Pemindahan domain dari blog lama ke blog baru juga laju tanpa mengalami sebarang masalah. Ditambah pula dengan harga promosi yang murah untuk 150 akaun pertama, memang aku recommend kan pada sesiapa yang tengah mencari hosting.

Yang berminat, boleh la membuat tempahan melalui laman web DataKL.

Update: Aku tidak lagi menggunakan perkhidmatan DataKL kerana aku telah menemui hosting provider yang jauh lebih bagus dalam penawaran servis hosting dan juga domain. Hosting provider yang aku maksudkan adalah GBNetwork. Ia menawarkan hosting yang murah dan juga reliable. Jika korang berminat untuk mencuba, boleh ke pautan berikut – GBnetwork.com


Written by Hafiz Rahim

Social geek. Ambassador of the Planet Vegeta and alliance to the Autobot.

20 Comments

Leave a Reply
  1. Setiap penjual hosting memiliki kelebihan dan kekurangan,baru baru ini saya menangani kes hosting dari datakl yang ada sedikit problem.

  2. Aku guna web hosting Serverfreak.. Sekarang tgh usha2 DataKL jugak.. Mana tahu tertimbul niat nak tukar DataKL pulak.. Pakej yg ditawarkan pun nampak menarik..

  3. Saya tak pernah berurusan dengan DataKL lagi..daripada review yang dibaca,semuanya ok..mungkin di masa depan kalau ada rezeki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *